moa agf MyAgro
Laman Utama

   Maklumat Komoditi


Maklumat Komoditi : Ikan Selayang



Sub Sektor : Perikanan
Kumpulan Komoditi : Tangkapan Marin
Komoditi : Ikan Selayang
Famili :
Nama Tempatan :

Ikan Selayang/ Curut terdiri dari famili Carangidae. Spesies yang biasa ditemui di perairan Malaysia adalah:

  1. Selayang Ekor Merah (Decapterus kurroides)
  2. Selayang Lampai (Decapterus russelli)
  3. Selayang Jarum (Decapterus macrosoma)

Purata pendaratan Ikan Selayang/ Curut adalah 100,000 t.m. – 110,000 t.m/tahun.

Selayang berbentuk cerut, berwarna kehijauan di bahagian atas dan berwarna putih di bahagian bawah badan. Operculum mereka biasanya mempunyai tompok hitam yang kecil. Selayang biasanya mempunyai 9 duri sirip dorsal. Mempunyai 3 duri sirip anal. Selayang sering mempunyai satu jalur kuning dari kepala hingga sirip kaudal. Panjang Selayang yang pernah direkodkan adalah 30cm. Berat yang paling tinggi pernah ditimbang adalah sekitar 300 gram.

Bil. Maklumat Penyakit & Perosak
Bil. Kalendar
Bil. Kalkulator
Tiada Rekod Ditemui

Selayang ekor merah

Selayang jarum

Selayang lampai


Pengundi