moa agf MyAgro
Laman Utama

   Maklumat Komoditi


Maklumat Komoditi : Tomato



Sub Sektor : Tanaman
Kumpulan Komoditi : Sayur-Sayuran
Komoditi : Tomato
Famili :
Nama Tempatan : Tomato

Pengenalan

Tomato ialah sejenis sayur jenis buah yang mempunyai jangka hayat yang singkat, yang menjadi makanan kepada manusia di merata dunia. Ia berasal dari Amerika Selatan dan kini penanamannya telah menjadi meluas di semua negeri beriklim tropika. Pengeluaran utama di Malaysia ialah di kawasan Cameron Highlands. Kawasan di tanah rendah yang menanam tomato dengan agak meluas ialah di negeri Kelantan.

 

Botani Tanaman

Nama saintifik bagi tomato ialah Lycopersicon cycopersicum (L.) dari keluarga Solanaceae. Nama saintifiknya yang lama ialah Lycopersicon esculentum. Pokok tomato dibahagikan kepada dua kumpulan besar, iaitu yang tumbuh menegak (determinate) dan yang tumbuh menjalar (indeterminate). Selain itu perbezaan juga didapati di dalam ciri-ciri buah yang menjadi asas perbezaan varieti-varieti.

Secara amnya ciri-ciri pokok tomato adalah seperti berikut :

Akar - akar tunjang yang kuat dan banyak akar-akar serabut

Batang - warna hijau, bercabang dan berbuku

Daun - berbulu dan terdapat banyak perbezaan bentuk

Bunga - berwarna kuning, berukuran lebih kurang 1 cm

Buah - banyak perbezaan warna, saiz, bentuk dan rasa

Benih - berwarna kuning perang dan beratnya 2.5g/1000 biji

Cara pendebungaan - pendebungaan sendiri

Bil. Kalendar
Bil. Kalkulator
Tiada Rekod Ditemui

Tomato


Pengundi