Maklumat Penyakit Perosak : Lalat Buah (Fruit Fly)

Maklumat Umum

Tiada Rekod Ditemui




Simptom

Buah muda yang diserang akan terdapat bintik hitam manakala buah matang yang diserang akan terdapat bintik coklat dan  buah akan busuk.




Kawalan Perosak

  • Bungkus buah seawal 3 minggu.
  • Sentiasa periksa tanaman dan semua buah yang rosak atau yang gugur dimusnahkan dengan mengutip dan ditanam ke dalam tanah.
  • Menggunakan kawalan kimia secara bijaksana bagi mengekalkan dan memulihara populasi musuh semulajadi yang dapat membantu mengawal lalat buah.
  • Jaga kebersihan kawasan ladang.
  • Sembur campuran umpan protein bersama racun perosak seperti Malathion setiap 10 hari.
  • Menggunakan perangkap yang mengandungi campuran methyl-eugenol bersama malathion untuk menarik dan mengurangkan populasi lalat buah jantan.
  • Jika buah tidak dibungkus, sembur racun serangga secara berselang-seli seperti Fenthion, Cypermethrin, Malathion, Spinosad atau Chlorpyrifos apabila putik buah berumur 2 - 3 minggu sehingga tempoh selamat sebelum buah dituai.