Maklumat Penyakit Perosak : (iv) Reput akar, batang dan buah

Maklumat Umum

Penyakit ini disebabkan oleh kulat Phytophthora parasitica dan P.palmivora yang sering berlaku di kawasan di mana saliran dan pengudaraan tanah tidak baik. Ia menyebabkan reput akar, buah dan pangkal pokok.




Simptom

Simptom penyakit ini ialah daun muda menjadi layu manakala daun tua menjadi kuning dan patah terkulai di sekeliling batang sebelum jatuh. Lama kelamaan pokok akan mati. Pokok yang diserang tidak tahan keadaan kemarau dan senang tumbang bila ditiup angin kerana kebanyakan akar telah reput.




Kawalan Perosak

Penyakit ini boleh dikawal dengan menanam betik di kawasan yang mempunyai pengaliran air yang baik, mengelakkan dari menanam semula betik di kawasan yang telah diserang penyakit, mencabut serta memusnahkan pokok yang diserang penyakit dan memastikan kawasan tanaman sentiasa dalam keadaan bersih.