Maklumat Penyakit Perosak : (v) Antraknos/bintik berpusar

Maklumat Umum

Penyakit ini disebabkan oleh kulat Colletotrichum gloeosporioides. Ia menyerang daun dan buah betik dan boleh merebak melalui angin dan biji benih.




Simptom

Simptom serangan penyakit ini adalah bintik-bintik kecil pada daun, kemudan bintik tersebut membesar dan berpusar serta menyebabkan nekrotik pada daun. Selain itu, terdapat bintik-bintik nekrotik yang berbulat kecil yang tenggelam pada permukaan buah. Bintik ini membesar cepat bila buah masak. Buah menjadi berwarna coklat kemerahan dan bergetah pada permukaan buah yang diserang.




Kawalan Perosak

Penyakit ini boleh dikawal dengan memusnahkan buah dan daun berpenyakit. Jika perlu gunakan racun kulat seperti axoxystrobin, benomyl, mancozeb, carbendazim mengikut kadar yang disyorkan.