Maklumat Penyakit Perosak : (iii) Bintik Daun Corynespora

Maklumat Umum

Penyakit ini disebabkan oleh Corynespora cassiicola dan selalunya terdapat pada daun matang.




Simptom

Simptom penyakit ini ialah pada daun matang kelihatan bintik perang muda yang berbentuk bulat, kadangkala berlubang di tengah. Bintik boleh mencapai saiz 2 mm dan dikelilingi halo kekuningan yang berukuran 4-8 mm diameter serta bertaburan di seluruh permukaan daun. Serangan yang teruk boleh menyebabkan daun mati.




Kawalan Perosak

Sentiasa mengamalkan Amalan Pertanian Baik (APB). Penyakit ini boleh dikawal dengan memusnahkan daun-daun yang dijangkiti kulat terutamanya daun yang tua dan daun gugur.