Maklumat Penyakit Perosak : (i) Lalat buah (Bactrocera spp)

Maklumat Umum

Perosak ini menyerang buah betik masak dan yang hampir masak. Lalat dewasa betina bertelur pada buah. Larva yang menetas mengorek serta memakan isi buah.




Simptom

Menyebabkan isi buah menjadi lembut dan busuk.

 




Kawalan Perosak

Perosak ini boleh dikawal dengan memetik buah matang yang masih hijau. Buah-buah yang diserang hendaklah dimusnahkan dengan menanam ke dalam tanah se dalam lebih kurang 30 cm. Kawalan juga boleh dilakukan dengan menggunakan racun seperti cypermethrin mengikut kadar yang disyorkan jika perlu. Populasi lalat buah boleh dikawal dengan memasang perangkap methyl eugenol.