Maklumat Penyakit Perosak : (i) Malformed Top/Bunchy (Daun Berumpun dan Kerekot)

Maklumat Umum

Penyakit ini disebabkan oleh interaksi antara kutu thrip (Thrips parvispinus) dan kulat Cladosporium oxysporum. Penyakit ini hanya berlaku pada betik Eksotika, Sekaki, Solo dan lain-lain.




Simptom

Penyakit ini boleh menyerang semua peringkat tumbesaran dari tapak semaian hingga ke ladang. Pucuk daun yang diserang kelihatan cacat dan terdapat bintik daun serta bintik berlubang (1 – 3 mm). Pada daun tua pula kelihatan bintik perang dengan kawasan sekelilingnya berwarna kuning dan daun kelihatan kerekot. Dalam keadaan teruk hanya tinggal tangkai daun sahaja. Pada keseluruhannya pokok kelihatan bantut dan buah menjadi kecil. Sekiranya serangan berlaku semasa anak benih mungkin pokok tidak akan mengeluarkan hasil




Kawalan Perosak

Kawalan kulat C.oxysporum dilakukan dengan menyembur racun kulat yang sesuai mengikut kadar yang disyorkan. Bagi kutu thrip ia boleh dikawal dengan semburan racun seperti deltamethrin mengikut kadar yang disyorkan