Maklumat Penyakit Perosak : (vi) Penyakit Mati Rosot Betik (Papaya Dieback)

Maklumat Umum

Penyakit ini disebabkan oleh bakteria Erwinia papayae, E.mallotivora dan enterobacter cloacae complex. Ia menyerang semua jenis betik tetapi serangan lebih teruk pada betik Eksotika.




Simptom

Simptom serangan boleh dilihat pada pucuk, daun, pelepah, batang dan buah. Pada bahagian tepi daun menjadi nekrotik, layu dan kering. Simptom lecuh basah atau watersoaked di sepanjang urat utama daun. Pucuk akan menjadi lecuh basah dan nekrotik kehitaman pada bahagian antara pucuk dan pelepah. Pucuk kemudian akan terkulai. Manakala batang dan pelepah daun menjadi lecuh basah. Pelepah juga menjadi nekrotik kehitaman dan terkulai. Isi buah juga menjadi lecuh basah dan terdapat tompok-tompok hitam pada kulit.

 




Kawalan Perosak

a. Sebelum berlaku serangan Papaya Dieback/di kawasan tiada serangan:

  1. Pengesanan awal simptom serangan penyakit Papaya Dieback dengan rapi dari masa ke semasa
  2. Pengurusan tanaman- pembajaan, penuaian hasil
  3. Sanitasi ladang-merumput, memusnahkan perumah sekunder
  4. Kawalan perosak di ladang
  5. Pencegahan jangkitan dan sebaran penyakit dari ladang lain - kawalan pergerakan manusia dan kenderaan. Contohnya menyediakan tapak pembasmi kuman di pintu masuk ladang pengusaha (disinfection foot bath)

b. Sebelum menanam di ladang:

  1. Gunakan anak benih bebas Di peringkat semaian, anak betik hendaklah ditanam di rumah kalis serangga.
  2. Penggunaan biji benih dari buah yang diambil dari kawasan ladang bebas
  3. Memilih kawasan penanaman betik yang terpencil atau jauh dari kawasan penanaman betik lain terutama ladang betik

c. Pemusnahan sumber penyakit sekiranya diserang Papaya Dieback

  1. Tebang dan musnahkan pokok diserang penyakit dengan cara sama ada tanam atau bakar.