moa agf MyAgro
Laman Utama

   Maklumat Komoditi


Maklumat Komoditi : Rumput Gajah



Sub Sektor : Ternakan
Kumpulan Komoditi : Makanan Ternakan
Komoditi : Rumput Gajah
Famili :
Nama Tempatan :

Rumput Gajah (Pennisetum purpureum) atau Rumput Napier adalah antara rumput yang biasa ditanam di negara ini sejak tahun 1950-an lagi. Rumput ini banyak terdapat di kawasan penternak kecil dengan menanam menggunakan kaedah keratan batang (tampang) yang telah tua. Pertumbuhannya cergas dan hasil bahan keringnya tinggi. Hasil ini berkurangan pada musim kemarau.

Rumput Gajah adalah rumput tahunan yang tegap, menyerupai tebu dan boleh tumbuh setinggi 2 - 5 m. Rumput ini mempunyai umbisi yang mudah merebak dan mengeluarkan tiler. Daunnya agak lebar, tetapi nipis dan mempunyai tulang daun yang tegap. Bunga berbentuk silinder, berwarna kuning keemasan, namun biji benihnya tidak bernas.

Rumput ini memerlukan tanah yang subur untuk pertumbuhan yang baik. Tanah yang paling sesuai ialah tanah peroi. Ia memerlukan baja yang banyak terutamanya nitrogen untuk pertumbuhan yang baik. Rumput ini boleh ditanam di kawasan tanah berpasir yang diberi baja najis ternakan atau ditanam bersama rumput kekacang. Rumput gajah yang muda digemari oleh ternakan kerana batangnya lembut.

Rumput gajah dipotong setiap 4 - 5 minggu dan hasil bahan kering ialah 60 tan metrik/ha setahun dengan kandungan protein kasar sebanyak 11 - 15%. 

 

Maklumat asas

Nama Saintifik : Pennisetum purpureum

Bahan Tanaman : Tampang (keratan batang)

Kaedah penuaian : cut and carry (fodder)

Umur rumput dituai : 30 - 40 hari

Penghasilan bahan kering : 60 - 80 tan/ha/tahun

Sesuai Untuk Semua Jenis Ternakan.

 

Kandungan Nutrien 

DM  =  10.1 - 23.2%

CP  =  11 - 15%

CF  =  24%

NFE  =  36.3 - 38.6%

TDN  =  55.1 - 53%

ME  =  7.8 - 8.58 MJ/KG

 

Bil. Maklumat Penyakit & Perosak
Bil. Kalendar
Bil. Kalkulator
Tiada Rekod Ditemui

Pengundi