Sub Sektor |
: Ternakan |
Kumpulan Komoditi |
: Makanan Ternakan |
Komoditi |
: Gilirisidia |
Famili |
: |
Nama Tempatan |
: |

Glirisidia (Gliricidia sepium) atau dikenali sebagai pokok Pelindung Koko adalah pokok kekacang sederhana besar yang berukuran 2m - 15 m tinggi. Di tempat asalnya, daun glirisidia akan luruh atau gugur pada musim kemarau, namun dilaporkan akan hijau dan berbunga secara sporadik di kawasan yang mendapat hujan sepanjang tahun. Daun pokok ini adalah berlembar tidak sama; mempunyai leaflets diantara 5-20 daun dan berbentuk oval, berukuran diantara 2cm - 7 cm panjang x 1cm - 3 cm lebar. Ia menghasilkan bunga cluster berwarna merah jambu yang terang ke warna ungu lilac. Buahnya yang dipanggil pod, apabila matang akan merekah dan terbuka kulitnya, bersaiz diantara 10cm - 18 cm panjang dan 2 cm lebar, dan mengandungi 8 ke 10 biji.

Buah atau Pod muda
Glirisidia adalah salah satu daripada pokok ternakan tropika utama kerana pokok ini kaya dengan protein dan berkhasiat tinggi. Penuaian Glirisidia adalah dengan cut and carry dan diberikan terus kepada ternakan. Ia juga boleh dicincang kecil untuk dibuat silaj, dan dicampur dengan rumput lain atau jagung. Bahan tambahan, seperti molases, air tebu atau asid formik (0.85%), perlu ditambah untuk proses fermentasi silaj tersebut.
Maklumat asas
Bahan Tanaman : keratan batang dan biji benih
Penghasilan Bahan Kering : 5 tan/ha/tahun
Umur Ragutan/Jarak Pemotongan : 18-21 hari
Sesuai Untuk Semua Jenis Ternakan.
Kandungan Nutrien
DM = 20.1
CP = 14.4
CF = 34.3
NFE = 32.0
TDN = 50.9
ME = 7.49

bentuk daun Glirisidia