moa agf MyAgro
Laman Utama

   Maklumat Komoditi


Maklumat Komoditi : Rusa



Sub Sektor : Ternakan
Kumpulan Komoditi : Ruminan
Komoditi : Rusa
Famili :
Nama Tempatan :

Baka Rusa

i. Timorensis

timorensis

ii. Axis 

 axis

Industri penternakan rusa merupakan satu industri yang mula diperkenalkan oleh pihak DVS pada awal 1990-an di Behrang Ulu.  Baka - baka rusa dari baka Timorensis dibawa masuk dari Mauritus dan New Caledonia manakala baka Axis dibawa masuk dari Australia.  Pada masa kini terdapat kira - kira 18,000 ekor rusa di seluruh Malaysia dengan sebilangan besarnya berada di negeri Perak.  Industri rusa bukan hanya melibatkan pengeluaran daging semata, malahan industri ini turut terlibat dalam sektor agropelancongan, kraftangan dan juga kesihatan (velvet rusa).

Harga daging rusa pada masa terkini adalah berada di sekitar RM 65.00 - RM RM 80.00/kg

Harga hidup baka (induk) adalah sekitar RM4,000.00 seekor (2019)

Pengurusan Penternakan Rusa

  1. Penternak yang terlibat dalam industri perlulah sentiasa mematuhi undang – undang dan peraturan – peraturan yang berkaitan dengan ternakan rusa seperti Akta Binatang 1953 dan Akta Kebajikan Haiwan 2015 dan garis panduan yang berkaitan dengan industri yang diceburi
  2. Pengurusan di ladang perlulah memberikan persekitaran yang sesuai dengan tabiat semulajadi rusa.
  3. Kawasan penternakan rusa perlu dipagar keliling (perimeter) menggunakan pagar Cyclone setinggi 7'.
  4. Kawasan yang dipagar perlu dibahagikan kepada petak-petak ragutan bagi memudahkan ragutan secara bergilir dilakukan.
  5. Gerompok rusa yang besar perlu dipecahkan kepada gerompok yang lebih kecil iaitu 15 ekor atau kurang untuk tujuan memudahkan pengendalian ke kawasan baru
  6. Penternak juga perlu mendapatkan permit daripada pihak berkuasa (PERHILITAN) dan perlu diperbaharui secara tahunan untuk memelihara rusa Sambar 
  7. Rusa memerlukan kawasan yang luas untuk bergerak dan bersenam 
  8. Sistem penternakan rusa kebiasaanya adalah secara ekstensif atau semi intensif.

 

Produk berasaskan ternakan rusa:

daging rusa

Daging rusa

sarung golok

Perhiasan dari tanduk rusa

tanduk rusa

Tanduk rusa

velvet

Velvet

 

 

Produk berasaskan daging rusa

 

satay rusa 

satay rusa

 

burger rusa

burger rusa

Bil. Maklumat Penyakit & Perosak
1 Ariko Herdiansah
Bil. Kalendar
Bil. Kalkulator
Tiada Rekod Ditemui

Pengundi