moa agf MyAgro
Laman Utama

   Maklumat Komoditi


Maklumat Komoditi : Kambing Pedaging



Sub Sektor : Ternakan
Kumpulan Komoditi : Ruminan
Komoditi : Kambing Pedaging
Famili :
Nama Tempatan :

Secara saintifiknya, kambing(Capra hircus) adalah haiwan ruminan kecil yang diletakkan di dalam keluarga Bovidae dengan subfamili Caprinae. Haiwan empat kaki berkuku dua ini berkeupayaan untuk menyesuaikan diri di dalam apa jua keadaan. Namun demikian ia lebih mudah mengadaptasi kawasan yang bercuaca yang panas berbanding sejuk.

Berbeza berbanding ternakan ruminan lain seperti lembu dan bebiri, kambing lebih cenderung untuk memilih dan memamah pucuk serta daun-daun yang muda berbanding meragut di padang rumput. Keupayaan haiwan ini untuk memamah pucuk dan batang tanaman bukan sahaja menjadikan ia berkemampuan untuk 3 hidup di kawasan yang sukar seperti gurun dan bukit-bukau, tetapi juga menjadikan ia sebagai agen biologi kawalan tanaman dan rumpai yang berkesan.

Setiap baka kambing mempunyai ciri-ciri yang unik. Secara am, baka kambing boleh dikategorikan kepada 3 kumpulan baka ternakan mengikut fungsi iaitu untuk tujuan pedaging, tenusu & dwi-fungsi (pedaging & tenusu).

Baka-Baka Kambing Pedaging:

  1. Katjang
  2. Boer
  3. Kalahari Red
  4. Black Bengal
  5. Savanna
  6. Jermasia

Baka-Baka Kambing Dwifungsi (pedaging & tenusu):

  1. Jamnapari
  2. Anglo-Nubian

 

Penternakan kambing boleh dikategorikan kepada 3 jenis sistem berdasarkan kaedah pengurusan dan penjagaan ternakan iaitu penternakan secara intensif, semi intensif dan ekstensif. Setiap sistem penternakan ini mempunyai kekuatan dan kelemahan yang tersendiri.

Sistem penternakan intensif menekankan penternakan kambing di dalam kandang. Konsep ini menyamai konsep penternakan lembu fidlot. Ternakan yang dikurung diberikan makanan menggunakan kaedah potong dan angkut. Secara tidak langsung, ia menambahkan beban kerja kepada tenaga buruh. Walaupun bagaimanapun, penggunaan sistem ini boleh mengurangkan kemungkinan berlakunya masalah kecacingan (helmintiasis) dan keracunan makanan. Di samping itu, ternakan lebih mudah dijaga dan dipantau berbanding sistem penternakan secara bebas lepas.

Sistem penternakan semi intensif bermakna ternakan dilepaskan untuk tujuan meragut pada masa ditentukan di kawasan yang ditetapkan. Ini bukan sahaja memudahkan kerja-kerja pembersihan kandang tetapi juga mengurangkan stress atau tekanan kepada ternakan.

Sistem penternakan ekstensif adalah sistem penternakan yang paling kurang dipraktikkan oleh ladang-ladang komersil. Sistem ini lebih diamalkan oleh penternak kecil-kecilan atau yang menjalankan aktiviti ternakan sebagai satu hobi. Sifat kambing yang gemar meneroka menyukarkan pengurusan, pengawalan dan pemantauan ternakan. Di antara masalah-masalah yang dihadapi di bawah penternakan sistem ini ialah kehilangan ternakan, penyakit parasit (kecacingan), keracunan makanan dan kekurangan nutrien. 

Amalan perladangan campuran atau ringkasnya perladangan secara integrasi ternakan dan tanaman merupakan salah satu konsep kaedah pengoptimaan tanah bagi mengatasi masalah kekurangan tanah bagi tujuan pertanian dan penternakan. Di dalam konsep ini, ternakan menggunapakai sumber bahan makanan yang tumbuh melata di antara tanaman utama. Di samping itu, bahan-bahan sampingan pertanian seperti daun sawit di dalam perladangan kelapa sawit boleh digunakan sebagai bahan makanan ternakan. Hubungan duahala ini memberi kelebihan dan keuntungan. Ia mengurangkan kos mendapatkan makanan ternakan dan pada masa yang sama rumput rumpai dibersihkan secara biologi serta tanah dibajai dengan bahan organik sisa ternakan.

 

Bil. Kalkulator
Tiada Rekod Ditemui
Tiada Rekod Ditemui

Pengundi