moa agf MyAgro
Laman Utama

   Maklumat Komoditi


Maklumat Komoditi : Lembu Pedaging (Fidlot)



Sub Sektor : Ternakan
Kumpulan Komoditi : Ruminan
Komoditi : Lembu Pedaging (Fidlot)
Famili :
Nama Tempatan :

Penternakan lembu secara fidlot bermaksud memelihara lembu secara intensif dalam kandang/kurungan untuk tujuan pengeluaran lembu daging melalui peningkatan berat badan dengan memberi makanan yang bermutu, air bersih, mineral dan vitamin yang secukupnya dalam tempoh tertentu. Dua system penternakan fidlot yang biasa diusahakan di Malaysia :

1) Sekali Masuk – Sekali Keluar Memelihara sekumpulan ternakan sahaja dalam sesuatu masa sehingga tamat tempoh dan mencapai target berat pasaran. Selepas semua ternakan habis dipasarkan (dijual) barulah dimasukan dan dipelihara kumpulan ternakan yang berikutnya.

2) Masuk-Keluar Berterusan Memelihara beberapa kumpulan ternakan secara berperingkat mengikut tempoh tertentu berdasarkan target pasaran bagi setiap kumpulan. Setiap kumpulan ternakan dipelihara dan dipasarkan (dijual) secara berterusan.

 

 

Lembu Pedaging (fidlot)