moa agf MyAgro
Laman Utama

   Maklumat Komoditi


Maklumat Komoditi : Lembu Tenusu



Sub Sektor : Ternakan
Kumpulan Komoditi : Ruminan
Komoditi : Lembu Tenusu
Famili :
Nama Tempatan :

Pengenalan

Penternakan lembu tenusu di Semenanjung Malaysia semakin berkembang dan sehingga kini seramai 822 orang penternak tenusu berdaftar DVS. Antara input yang perlu dititikberatkan oleh penternak yang baru berminat untuk menceburi penternakan lembu tenusu adalah:

a. Modal kewangan yang mencukupi

b. Pengetahuan Penternakan Lembu Tenusu yang mencukupi

c. Status pemilikan tanah untuk pembangunan ladang.

d. Lokasi ladang di dalam kawasan liputan Pusat Pengumpulan Susu/ Pasaran susu.

e. Mendapatkan khidmat nasihat DVS

f. tanah yang sesuai untuk penanaman rumput/ sumber makanan ternakan

g. Kemudahan jalanraya/ bekalan air/ elektrik

h. Adakah projek akan mengganggu jiran tetangga (jarak ladang-kawasan perumahan)

 

Rajah 2.1 : Lembu Tenusu

 

Antara baka lembu tenusu yang selalu digunakan di Malaysia:

a. Jersey Friesien Kacukan

b. Jersey

c. Holstein Friesien

d. Brown Swiss

Bil. Kalkulator
Tiada Rekod Ditemui

Lembu Tenusu