moa agf MyAgro
Laman Utama

   Maklumat Komoditi


Maklumat Komoditi : Chrysanthemum



Sub Sektor : Tanaman
Kumpulan Komoditi : Bunga
Komoditi : Chrysanthemum
Famili : Compositae
Nama Tempatan : Kekwa

Pengenalan Pokok bunga Chrysanthemum atau kekwa adalah pokok iklim sederhana yang banyak ditanam di Cameron Highlands semenjak 1986. Ianya adalah satu tanaman bunga yang tertua di dunia berasal dari negeri China dan Jepun. Terdapat berbagai spesies kekwa ditanam dan yang paling digemari ialah Chrysanthemum morifolium yang ditanam untuk pengeluaran bunga keratan. Botani Nama Saintifik : Chrysanthemum morifolium Nama Tempatan : Kekwa Keluarga : Compositae Pokok Pokok kekwa adalah tanaman semusim (annuals) yang boleh hidup dalam 4 bulan dari tanam sehingga bunga layu. Pokok kekwa mempunyai batang yang lembut dan rapuh. Pucuknya mempunyai bau yang kuat. Akar Pokok kekwa tidak mempunyai akar tunjang dan hanya mengeluarkan system akar adventitious atau akar serabut. Oleh itu pembiakannya dibuat melalui keratan. Bunga Bunga kekwa adalah bunga komposit dimana bunga-bunga kecil (florets) terbentuk menjadi satu bunga besar. Bunga kekwa mempunyai 2 jenis pembentukan bunga iaitu jenis standard yang mempunyai sekuntum bunga pada satu tangkai batang dan jenis pompom yang mempunyai beberapa kuntum bunga pada satu tangkai batang. Jenis pompom lebih digemari daripada jenis standard kerana bilangan bunga yang banyak untuk kegunaan dalam gubahan.

 

                 

Bil. Maklumat Penyakit & Perosak
1 Penyakit Hama Chrysanthemum
Bil. Kalkulator
Tiada Rekod Ditemui

Kekwa


Pengundi