moa agf MyAgro
Laman Utama

   Maklumat Komoditi


Maklumat Komoditi : Madu Kelulut



Sub Sektor : Tanaman
Kumpulan Komoditi : Tanaman Industri
Komoditi : Madu Kelulut
Famili :
Nama Tempatan :

Kelulut (Stingless Bee) merupakan serangga kecil yang bersarang di rongga kosong batang dan pokok, kaviti dalam tanah atau rekahan batu serta mudah dikesan melalui kehadiran corong laluan keluar masuk. Habitat asal kelulut ialah di negara-negara tropika dan subtropika seperti Malaysia, Indonesia, Thailand, Australia, Peru, Venezuela, Brazil, Filiphina, India dan Brunei. Lebih daripada 500 spesis kelulut (Michener, 2013) telah dikenalpasti di serata dunia. Di Malaysia sebanyak 35 spesis telah diinventorikan di Muzium Serangga MARDI (MARDI, 2016).

Kelulut memainkan peranan penting sebagai agen pendebungaan dalam ekosistem pertanian dan hutan hujan tropika. Kelulut berasal dari keluarga Apidae, subkeluarga Apinae, berupaya untuk menghasilkan madu, propolis dan roti lebah. 

Kelulut dipelihara untuk pengeluaran madu secara meluas di Malaysia bermula sekitar tahun 2010. Industri pemeliharaan kelulut berkembang pesat atas permintaan pengguna yang mula menyedari khasiat madu kelulut dan ini mendorong pengusaha mengambil peluang untuk memelihara bagi memenuhi kehendak pasaran. Tambahan pula, pengurusan pemeliharaan kelulut adalah lebih mudah berbanding lebah madu dan potensi pengeluaran hasil (madu, roti lebah dan propolis) dengan harga jualan yang lebih baik. 

Hasil utama pemeliharaan kelulut adalah madu, roti lebah dan propolis.  Produk mentah ini boleh diproses untuk menghasilkan produk hiliran seperti sabun madu, sabun propolis, pelembab bibir, syampu madu, syampu propolis, pelembut tangan madu, pelembut tangan propolis dll.

Bil. Maklumat Penyakit & Perosak
Bil. Kalendar
Bil. Kalkulator
Tiada Rekod Ditemui
Tiada Rekod Ditemui

Pengundi