moa agf MyAgro
Laman Utama

   Maklumat Komoditi


Maklumat Komoditi : Madu Lebah



Sub Sektor : Tanaman
Kumpulan Komoditi : Tanaman Industri
Komoditi : Madu Lebah
Famili :
Nama Tempatan :

PENGENALAN

Lebah madu adalah sejenis serangga yang dikaitkan dengan madu sebagai hasil utama, dan telah diketahui kebaikan madu sejak berkurun-kurun dahulu. Peranannya sebagai pendebunga (pollinator) kepada beratus-ratus jenis tanaman tidak dapat dinafikan dan didapati lebih 80% proses pendebungaan tanaman dilakukan oleh lebah. Penggunaan madu di kalangan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia telah tidak asing lagi. Secara khusus kehidupan dan kebaikan produk daripada lebah madu, ada dinyatakan di dalam Al-Quran melalui surah An-Nahl ayat ke 68-69 “Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah, buatlah sarang-sarang di bukit-bukit (gunung-gunung), di pohon-pohon kayu, dan di rumah yang dibina oleh manusia. Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dipermudahkan (bagimu). Dan dari perut perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warna, yang di dalamnya terkandung penawar bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi mereka yang berfikir”.

 

Di Malaysia aktiviti pengumpulan madu telah dijalankan sejak beratus-ratus tahun oleh pemburu-pemburu madu sebagai sumber makanan dan pendapatan mereka. Pemburuan atau pencarian madu tertumpu di hutan-hutan dan diperolehi dari jenis lebah liar. Aktiviti penternakan lebah madu secara moden dan sistematik hanya bermula sekitar tahun 1970an apabila sekumpulan sukarelawan dari Sri Lanka melalui program pertukaran belia antarabangsa datang ke daerah Pontian, Johor. Tumpuan ketika itu adalah ke atas lebah jenis tempatan Apis cerana dengan matlamat utama adalah untuk mempertingkatkan sumber pendapatan sampingan kepada pekebun-pekebun kecil kelapa.

Bil. Maklumat Penyakit & Perosak
Bil. Kalendar
Bil. Kalkulator
Tiada Rekod Ditemui
Tiada Rekod Ditemui

Pengundi