moa agf MyAgro
Laman Utama

   Maklumat Komoditi


Maklumat Komoditi : Lada Hitam



Sub Sektor : Tanaman
Kumpulan Komoditi : Tanaman Industri
Komoditi : Lada Hitam
Famili : Piperaceae
Nama Tempatan : Lada Hitam

Pengenalan

  • Lada telah di tanaman di Sarawak sejak 1856.
  • 2 varieti – KUCHING & SARIKEI.
  • SARIKEI – pokoknya kecil, daun kecil, hasil kurang dari varieti KUCHING – oleh itu hilang popularnya.
  • KUCHING – ditanam secara meluas di Sarawak.

Varieti Lada Yang Disyorkan

      A) KUCHING

  • Ditanam dengan meluas di Sarawak dan Johor.
  • Pertumbuhan baik & hasil banyak.
  • Senang dijangkiti penyakit: – Reput Akar (Foot Rot), Buah Hitam (Black Berry), Layu Fusarium (Fusarium wilt) & Daun Kerinting (Wrinkle Leaf).
  • Hasil purata:
  • > 1.7 – 3.4 Kg lada hitam/pkk/thn.
  • > 6 – 7 Kg lada hitam/pkk/thn (dr pokok yg telah diselenggara dengan baik dgn tinggi 3.0 – 3.5m tinggi di tanah subur dan kawasan yang bebas dari penyakit).
  • Tuaian 5- 6 pusingan
  • Hasil naik turun (fluctuating)

      B) SEMENGOK EMAS

  • Diperkenal pada tahun 1991.
  • Ia adalah kacuk balik [back-cross hybrid] : anak dari kacukan Balancotta (India) dengan Kuching dikacuk balik dengan Kuching.
  • Hasil S. EMAS lebih baik selepas tahun ke-3.
  • Hasil S. EMAS lebih stabil dari KUCHING yang turun naik (fluctuate) dari tahun ke tahun.
  • Dari tahun awal pengeluaran, tidak ada perbezaan hasil (mentah) yang nyata di antara S. Emas dan Kuching.
  • Kanopi S. EMAS jarang – memudahkan tuaian.
  • Buah S. EMAS juga masak agak serata, maka tuaian dikurangkan kepada 3 pusingan.
  • S. EMAS – lebih tahan kepada penyakit buah hitam (Black Berry) & kumbang belalai (Pepper Weevil).
  • Tidak tahan penyakit Daun Kerinting dan Bengkak Akar (Root Knot) – sama dgn KUCHING.
  • Tidak sesuai buat lada putih sebab kadar pertukaran kepada lada putih kurang dari KUCHING – kerana kulit (pericarp) tebal.

      C) SEMENGOK AMAN

  • Semongok Aman punyai set buah yang baik (Fruit Setting).
  • Tangkai buah panjang dari KUCHING, beri lebih besar juga.
  • Masak dengan agak serentak (uniform ripening) – jangka masa menuai pendek.
  • Tahan kepada penyakit Buah Hitam (Black Berry), Reput Akar (Foot Rot) & serangan Kumbang Belalai.
  • Hasil S. AMAN 6 – 8 Kg/pokok/thn (kurang sama dengan KUCHING, S. EMAS).
  • Kandungan bahan kimia: S. AMAN mengandungi lebih piperine, oleoresin dan minyak2 (volatile & non-volatile).
  • Sos dari S. AMAN lebih pedas banding KUCHING.
  • Kulit buah juga tebal – petukaran kepada lada putih lebih rendah iaitu 22% banding 24% bagi KUCHING.
  • S. AMAN sangat sesuai untuk pengeluaran lada hitam premium dan produk (hasil) lada mentah.
  • MPB sudah mengesyor sebagai varieti tambahan /alternatif untuk ditanam.

Bil. Maklumat Penyakit & Perosak
Bil. Kalendar
Bil. Kalkulator
Tiada Rekod Ditemui
Tiada Rekod Ditemui

Pengundi