moa agf MyAgro
Laman Utama

   Maklumat Komoditi


Maklumat Komoditi : Roselle



Sub Sektor : Tanaman
Kumpulan Komoditi : Tanaman Industri
Komoditi : Roselle
Famili : Malvaceae
Nama Tempatan : Asas Susur, Asam Paya, dan Asam Kundang

MAKLUMAT UMUM:

Tanaman Roselle, Hibiscus sabdariffa L dari keluarga Malvaceae atau dikenali dengan nama tempatannya Asam Susur, Asam Paya, dan Asam Kundang. Terdapat lebih 300 spesies pokok roselle telah dikenalpasti di seluruh dunia khasnya di kawasan yang beriklim tropika dan subtropika seperti Afrika, India dan Asia termasuk Malaysia. Di Malaysia penanaman bermula pada tahun 1993 oleh petani-petani Projek Perintis rosel Berkelompok, Mengabang Lekor, Kuala Terengganu diatas bimbingan Jabatan Pertanian Negeri Terengganu. Kini, tanaman rosel di tanam di kawasan tanah bris di pantai timur Malaysia iaitu di Johor, Pahang, Kelantan, Pahang dan Terengganu. Roselle merupakan sejenis tanaman yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan. Buah Roselle mempunyai pelbagai khasiat semulajadi di mana kaliksnya begitu kaya dengan kandungan Vitamin A dan C serta mineral (kalium dan kalsium). Minuman roselle dipercayai boleh membantu peredaran darah yang baik, mengurangkan tekanan darah tinggi dan memberikan kesan awet muda. Di samping keaslian warna semulajadinya yang merah ia juga mengandungi antosianin yang bertindak sebagai bahan antioksidan yang boleh mengurangkan risiko ketumbuhan barah, tekanan darah tinggi serta melawaskan kencing. Terdapat banyak kegunaan daripada roselle diantaranya ialah jus minuman, jem, halwa, jeli, jeruk, pewarna makanan, teh ubatan, kapsul dan industri kosmetik.

Pokok Roselle yang sedang berbunga

Jadual 1

Jadual 2

Jadual 3


Pengundi