moa agf MyAgro
Laman Utama

   Maklumat Komoditi


Maklumat Komoditi : Kopi



Sub Sektor : Tanaman
Kumpulan Komoditi : Tanaman Industri
Komoditi : Kopi
Famili : Rubiaceae
Nama Tempatan : Kopi

1. PENGENALAN

Tanaman kopi (Coffea spp.) di negara ini banyak terdapat di kawasan-kawasan Pantai Barat Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur. Tanaman ini merupakan tanaman yang penting di kalangan pekebun-pekebun kecil. lanya diusahakan secara tanaman tunggal atau pun secara selingan di kawasan-kawasan kelapa yang sedia ada.

Tanaman kopi dikatakan berasal daripada kawasan Tropika di Benua Afrika. lanya dibawa ke Semenanjung Malaysia pada tahun 1779 di mana jenis Arabica merupakan jenis kopi yang mula-mula diperkenalkan. Perusahaan kopi tempatan mula berkembang apabila kopi jenis Liberica diperkenalkan oleh Leonard Wray pada tahun 1875.

Pada masa ini kopi jenis Liberica (Coffea liberica Bull ex Hiem) sesuai ditanam di Semenanjung Malaysia. Negeri-negeri pengeluar utama jenis kopi ini ialah Johor dan Selangor. Manakala kopi jenis Robusta pula banyak ditanam di negeri-negeri di Utara Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak.

Tanaman kopi telah menjadi salah satu daripada komoditi pertanian yang diberi perhatian dalam Dasar Pertanian Negara 3. Setakat ini tanaman kopi di Malaysia masih kurang memuaskan dari segi pengeluarannya disebabkan oleh harga biji kopi yang tidak stabil. Ini juga menyebabkan perusahaan kopi tidak diusahakan secara komersil dan hanya secara kecil-kecilan sahaja.

Keluasan tanaman kopi di Semenanjung Malaysia adalah 9 470 hektar pada tahun 1996. Bagaimanapun keluasan menurun kepada 8 274 pada tahun 1998. (Lihat Jadual 1 dan 3). Pengeluaran hasil biji kopi pada tahun 1996 adalah sebanyak 68.184 tan metrik. Manakala pada tahun 1998 pengeluaran kopi ialah sebanyak 59.528 tan metrik

Malaysia masih merupakan negara pengimport bersih bagi kopi dan produk-produk kopi. Nilai importnya telah meningkat daripada RM 97.864 juta pada tahun 1996 kepada RM 123.152 juta pada tahun 1998. Pertambahan nilai import ini berpunca daripada pertambahan kuantiti import gantian kopi dan perahan kopi. (Lihat Jadual 2)

Harga kopi di pasaran tempatan adalah dipengaruhi oleh beberapa faktor dalaman dan luaran. Faktor-faktor dalaman yang mempengaruhi harga biji kopi ialah gred kopi, kaedah pemperosesan biji kopi dan marjin pemasaran. Faktor luaran pula ialah status penawaran dan permintaan di peringkat antarabangsa.

Jadual 1: Keluasan dan Jumlah Pengeluaran Kopi (Kopi Jambu)

Perkara

1996

1997

1998

 

Keluasan (ha)

Pengeluaran (m.t)*

 

9 470

68.184

 

9 332

67.170

 

8 274

59.528

*Purata Hasil 7.5 tan/hektar

Sumber: Jabatan Pertanian 1996 – 1998

 

Jadual 2: Eksport dan Import Kopi di Malaysia 1996 - 1998

Barangan

1996

1997

1998

 

Eksport

Kopi dan penggantinya

Import

Kopi dan penggantinya

 

 

47 831

 

97 864

 

 

48 092

 

114 982

 

 

63 103

 

123 152

Sumber: Perangkaan Perdagangan Luar Negeri,

Jabatan Perangkaan Malaysia 1996 - 1998

Jadual 3: Keluasan Tanaman Kopi (hektar) Mengikut

 

 

Negeri

1996

1997

1998

Johor

Kedah

Kelantan

Melaka

N. Sembilan

Pahang

P.Pinang

Perak

Perlis

Selangor

Terengganu

6 846

277

4

22

45

445

-

588

1

1 242

-

6 696

278

6

22

45

445

-

588

-

3

1 249

6 200

282

5

22

45

445

-

65

3

1 208

-

JUMLAH

9 470

9 332

8 274

Sumber: Jabatan Pertanian 1996 - 1998

 

2. BOTANI

Pokok kopi tergulung di dalam keluarga Rubiaceae. Tanaman ini dikatakan mempunyai sebanyak 66 spesies tetapi hanya tiga spesies sahaja yang sesuai ditanam secara komersil. Spesies-spesies ini adalah Kopi Liberica (Coffea liberica var. liberiansis), ’ Kopi Robusta (Coffea robusta/Coffea canephora) dan Kopi Arabica (Coffea arabica). Bagaimanapun hanya dua spesies sahaja yang sesuai ditanam di negara ini iaitu Kopi Liberica dan Kopi Robusta.

Spesies kopi adalah berlainan di antara satu dengan yang lain melalui ciri-ciri pertumbuhan pokok, pembentukan daun serta buah dan biji kopi.

 

2.1.     Pokok

Pokok kopi adalah dalam golongan tanaman saka. Tanaman ini boleh hidup sehingga melebihi 25 tahun dan membesar sehingga kepada paras ketinggian 6 - 15 m sekiranya tidak dikawal. Bagaimanapun bagi penanaman di ladang yang dibuat secara komersil ketinggian pokok kopi dikawal pada paras 180 -185 cm dan berbatang tunggal untuk jenis Liberica manakala jenis Robusta dipelihara secara batang berganda pada ketinggian         175 cm.

Pada peringkat vegetatif pokok kopi membesar secara menegak/ortotropik (orthotropic) dan mendatar/plagiotropik (plagiotropic). Ini dapat dilihat melalui pertumbuhan batang utama dan sulur air yang dipanggil pertumbuhan ortotropik.

 

Peringkat Ortotropik

Di peringkat ortotropik pertumbuhan daun adalah secara bertentangan dan tersusun mengelilingi batang utama dan sulur air. Pada setiap ketiak daun pula terdapat dua jenis tunas yang tumbuh, di mana tunas yang tumbuh di bahagian atas akan membesar dan menjadi dahan tunas primer. Tunas kedua terletak di bahagian bawah tunas pertama dan mengandungi 4 - 5 mata tunas. Tunas-tunas ini hanya akan membesar sekiranya batang utama dipangkas atau dicederakan dengan cara membengkokkannya ke tanah. Tunas ini akan membesar dan menjadi sulur air atau batang-sekunder.

 

 

 

 

 

 

Peringkat Plagiotropik

 

Di peringkat plagiotropik pula pertumbuhan daun adalah secara bertentangan dan sebaris. Di setiap ketiak daun pula sebanyak 4 - 6 mata tunas akan tumbuh dan boleh dirangsang untuk menjadi jambak bunga. Kebiasaannya pembentukan jambak bunga akan berlaku pada ketiak daun yang ketiga dan seterusnya. Setiap ketiak daun akan mengeluarkan 1 - 4 jambak bunga yang mengandungi antara 2 - 4 kuntum bunga yang berwarna putih bagi setiap jambak. Jenis Liberica akan mengeluarkan 1 - 3jambak bunga dan mengandungi 1 - 4 kuntum setiap jambak manakala jenis Robusta pula akan mengeluarkan 3 - 4 jambak serta 2 - 4 kuntum bunga.

 

2.2      Sistem Akar

Pertumbuhan akar pokok kopi banyak bergantung kepada keadaan fizikal tanah, keadaan kelembapan serta taburan hujan. Bagi tanaman kopi jenis Liberica, pertumbuhan akar tunjangnya boleh mencapai sedalam 0.5 - 4.0m manakala pertumbuhan akar sisi pula adalah di antara 2 - 3m. Kebiasaannya sebanyak 4 - 8 akar sisi akan keluar daripada akar tunjang dan tumbuh secara mendatar.

Bagi kopi jenis Robusta pula, pertumbuhan akar tunjangnya adalah lebih pendek dan biasanya tidak melebihi 0.5m. Ini diikuti dengan pertumbuhan akar sisi yang kebanyakannya tumbuh secara mendatar diikuti dengan pertumbuhan akar rerambut dalam lingkungan 0.3m menghala permukaan tanah.

 

2.3 Daun

Daun kopi biasanya tumbuh secara berpasangan. Pada batang utama daun kopi akan tumbuh secara berpasangan dan berlingkaran mengelilingi batang manakala pada peringkat dahan pertumbuhan daun-daun kopi adalah pada satu bidang sahaja.

Bagi kopijenis Liberica, daun yang matang berwarna hijau tua dan lebih tebal. Daun matang berukuran lebih kurang 15 - 30cm x 5 - 15cm dan mempunyai 7 - 10 pasang urat. Manakala bagi kopi jenis Robusta pula, daun yang matang mempunyai ukuran yang agak * sama dengan kopi jenis Liberica, tetapi mempunyai 8 - 13 pasang urat manakala keadaan daun pula adalah lebih nipis dan kelihatan berkedut atau beralur.

 

 

 

 

2.4 Bunga

Pokok kopi yang ditanam menggunakan biji benih mula mengeluarkan bunga lebih kurang setahun selepas ditanam di ladang. Ini berbeza daripada anak benih yang ditanam menggunakan baka cantuman di mana ia mula mengeluarkan bunga pada peringkat umur ’ 6-9 bulan selepas ditanam. Pada peringkat umur 18 bulan, pengeluaran bunga akan melibatkan 50% daripada populasi tanaman manakala kesemua pokok akan mengeluarkan bunga pada peringkat umur 30 bulan.

Pendebungaan bunga kopi adalah dibantu oleh angin serta serangga. Angin mampu membawa debunga jantan sehingga ke jarak 100m. Bagaimanapun jarak yang sesuai bagi pendebungaan adalah sejauh 35m sahaja. Ini bermakna pendebungaan yang baik akan hanya berlaku di dalam linkungan 35m di antara satu pokok kepada pokok yang Iain.

Pokok kopi adalah dari jenis yang tidak serasi sesama sendiri. Ini bermakna pendebungaan dan pensenyawaan yang baik akan hanya terjadi di antara bunga-bunga daripada berlainan kion. Bagi mengatasi masalah ini penanaman pokok kopi adalah digalakkan dengan menggunakan beberapa jenis klon bagi membolehkan pensenyawaan yang baik berlaku seterusnya memberikan hasil yang tinggi.

 

2.5      Buah

Buah kopi jambu berwarna hijau semasa muda dan bertukar menjadi kuning dan merah apabila masak. Biasanya setiap buah kopi jambu mengandungi dua biji kopi beras, walaupun ada terdapat buah yang mempunyai satu biji sahaja yang dinamakan peaberry.

Kopi jenis Liberica mengambil masa 8 - 13 bulan dari tariknh pengeluaran bunga untuk masak manakala kopi jenis Robusta pula mengambil masa antara 9 - 10 bulan untuk masak.

 

2.6      Biji

Biji kopi ini biasanya diselaputi oleh lendir (mucilage) yang lebih ketara pada jenis

Liberica berbanding jenis Robusta. Keterangan mengenai ciri-ciri biji kopi Liberica dan Robusta adalah seperti ditunjukkan di dalam Jadual 4.

 

Jadual 4: Ciri-Ciri Biji Kopi

Ciri - ciri

Robusta

Liberica

Bentuk Buah

Ukuran Buah (panjang)

Bentuk Biji

Ukurlilit Biji

Bil. Buah basah/ kg

Bil. Biji Kering/ kg

% kopi beras dari jambu

Kandungan Kafien %

Keasidan (pH)

Mutu

Bulat

0.8 – 1.5cm

Lonjong

0.7 – 0.9cm

650 – 1000

6 500 – 8000

18 – 25

2.0 – 2.7

5.25 – 5.40

Pertengahan

Lonjong / bulat

2.0 – 2.5cm

Lonjong

1.3 – 1.5cm

140 – 260

3 550 – 5 550

8 – 12

1.4 – 1.53

5.69 – 5.89

Rendah

Bil. Maklumat Penyakit & Perosak
Bil. Kalendar
Bil. Kalkulator
Tiada Rekod Ditemui
Tiada Rekod Ditemui

Pengundi