PENGENALAN
Tanaman kelapa (Cocos nucifera L.) digolongkan dalam keluarga Palmae. Tanaman ini dipercayai berasal dari kepulauan Pasifik dan tersebar luas di 93 buah negara. Jumlah keluasan kelapa di dunia pada tahun 2017 dianggarkan sebanyak 12.1 juta hektar dengan pengeluaran sebanyak 68,833 juta biji dimana seluas 10.8 juta hektar (89.3%) terletak di kawasan Asia-Pasifik (Sumber : Coconut Statistical Yearbook 2017, International Coconut Community).
Pada tahun 2017, negara pengeluar utama kelapa dunia adalah India (23,904 juta biji/tahun), diikuti Indonesia (14,356 juta biji/tahun) dan Filipina (14,049 juta biji/tahun). Manakala keluasan penanaman utama kelapa dunia didahalui oleh Filipina (3.6 juta hektar), diikuti Indonesia (3.5 juta hektar) dan India (2.1 juta hektar).
Di Malaysia, kelapa merupakan salah satu tanaman yang penting untuk ekonomi negara. Sebahagian besar yanaan kelapa diusahakan secara tradisional oleh pekebun-pekebun kecil. Pada tahun 2017, tanaman kelapa merupakan tanaman industri keempat terpenting di Malaysia selepas kelapa sawit, padi dan getah.
Pada tahun 2017, Malaysia mengimport kelapa dan produk-produk berasaskan kelapa bernilai RM1.07 bilion berbanding dengan jumlah eksport berjumlah RM995.4 juta. Produk kelapa yang diimport dan dieksport ialah kelapa tua, kelapa muda, minyak kelapa, kopra, kelapa parut kering, santan kelapa dan minyak kelapa dara (Sumber: Buku Statistik, Jabatan Pertanian Malaysia Tahun 2018)
STATUS INDUSTRI TANAMAN KELAPA DI MALAYSIA
Pada tahun 2017, jumlah keluasan kelapa adalah sebanyak 83,250 hektar dengan pengeluaran sebanyak 517.6 juta biji. Negeri Sabah, Sarawak, Johor, Kelantan, Selangor dan Perak merupakan negeri-negeri pengeluar utama kelapa negara. Maklumat keluasan dan pengeluaran kelapa mengikut negeri adalah seperti di Jadual 1.
NEGERI
|
KELUASAN
(ha)
|
PENGELUARAN (mt)
|
Johor
|
14,932
|
107,731
|
Kedah
|
1,289
|
5,754
|
Kelantan
|
7,116
|
60,008
|
Melaka
|
1,456
|
10,393
|
N. Sembilan
|
1,476
|
11,932
|
Pahang
|
4,633
|
35,196
|
Perak
|
9,337
|
82,466
|
Perlis
|
401
|
2,749
|
NEGERI
|
KELUASAN
(ha)
|
PENGELUARAN (mt)
|
P.Pinang
|
49
|
248
|
Selangor
|
8,817
|
103,435
|
Terengganu
|
4,231
|
17,079
|
Sabah
|
16,726
|
49,335
|
Sarawak
|
12,635
|
30,627
|
W.P. Labuan
|
153
|
630
|
JUMLAH
|
83,250
|
517,589
|
Jadual 1 : Keluasan Tanaman dan Pengeluaran Kelapa Mengikut Negeri Bagi
Tahun 2017
(Sumber : Buku Statistik Tanaman, Jabatan Pertanian Tahun 2018)
KANDUNGAN ZAT BUAH KELAPA
Minyak kelapa mengandungi lemak tepu yang tinggi iaitu kira-kira 91%. Kandungan minyak kelapa yang terperinci ditunjukkan seperti di Jadual 2.
JENIS LEMAK
|
PERATUS KANDUNGAN (%)
|
Asid Lemak Tepu
|
|
Kaproio (hexoic) /
|
0.2 - 0.5
|
Kaprilik / Caprilic
|
5.4 - 9.5
|
Kaprik / Capric
|
4.5 - 9.7
|
Laurik / Lauric
|
44.1 - 51.0
|
Miristik / Myristic
|
31.0 - 18.5
|
Palmitik / Palmitic
|
7.5 - 10.5
|
Stearik / Stearic
|
1.0 - 3.2
|
Arakidik / Aracidic
|
0.2 - 1.5
|
|
|
Asid Lemak Tak Tepu
|
|
Oleik / Oleic
|
5.0 – 8.2
|
Linolik / Linolic
|
1.0 – 2.6
|
|
|
Jadual 2 : Kandungan Minyak Kelapa
(Sumber: Pakej Teknologi Kelapa 2007, Jabatan Pertanian)
Hampas kelapa kering merupakan produk sampingan dari pemprosesan minyak kelapa dan digunakan sebagai makanan ternakan. Kandungan hampas kelapa kering adalah seperti di Jadual 3.
KANDUNGAN
|
PERATUS KANDUNGAN (%)
|
Air
|
11.0
|
Minyak
|
6.0
|
Protein
|
19.8
|
Karbohidrat
|
45.3
|
Serat
|
12.2
|
Abu
|
5.7
|
Jadual 3 : Kandungan Hampas Kelapa Kering
(Sumber: Pakej Teknologi Kelapa 2007, Jabatan Pertanian)
Kelapa parut kering ialah isi kelapa yang dipotong halus dan dikeringkan pada tahap kandungan kelembapan 2.5%. Nilai pemakanan kelapa parut kering adalah seperti di Jadual 4.
KANDUNGAN
|
PERATUS KANDUNGAN (%)
|
Air
|
2.5 – 3.0
|
Lemak dan Minyak
|
58.0 – 69.0
|
Gula
|
5.5 – 8.5
|
Protein
|
6.0 – 8.0
|
Karbohidrat
|
12.0 – 18.0
|
Serat
|
0.2 – 0.4
|
Abu
|
1.5 – 2.0
|
Jadual 4: Nilai Pemakanan Kelapa Parut Kering
(Sumber: Pakej Teknologi Kelapa 2007, Jabatan Pertanian)