Sub Sektor |
: Tanaman |
Kumpulan Komoditi |
: Tanaman Industri |
Komoditi |
: Cendawan |
Famili |
: |
Nama Tempatan |
: |
PENGENALAN
Cendawan adalah sejenis kulat yang boleh dibahagikan kepada jenis beracun (tidak boleh dimakan) dan jenis yang tidak beracun (boleh dimakan). Cendawan segar telah lama dijadikan bahan makanan yang boleh menambahkan rasa masakan. Secara amnya ia mengandungi kandungan protin yang tinggi berbanding sayuran hijau lain. Ia juga mengandungi karbohidrat, serat dan vitamin yang tinggi serta kandungan lemak yang rendah.
Cendawan boleh tumbuh secara liar dan juga boleh ditanam menggunakan media penanaman seperti habuk kayu dan kapas. Penanaman cendawan segar mempunyai potensi ekonomi yang tinggi. Beberapa jenis cendawan didapati sesuai ditanam di Malaysia antaranya ialah cendawan tiram atau nama saintifiknya Pleurotus sp. Terdapat tiga jenis cendawan tiram yang biasa ditanam di kawasan tanah rendah iaitu:
- Tiram putih - Pleurotus florida
- Tiram kelabu - Pleurotus pulmonarius
- Tiram abalon - Pleurotus cystidiousus
Cendawan jenis ini boleh ditanam dengan menggunakan bahan-bahan sisa buangan pertanian seperti habuk kayu getah, jerami padi dan hampas kapas.
Khasiat pemakanan cendawan tiram kelabu adalah seperti di Jadual 1.
Jadual 1 : Khasiat Pemakanan Cendawan Tiram Kelabu (100 gm berat basah)
Pecahan Zat Pemakanan
|
Kandungan
|
Tenaga
Air
Protin
Lemak
Karbohidrat
Serat
Kalsium
Fosforus
Zat Besi
Natrium
Kalium
Vitamin B1
Vitamin B2
Niasin
Vitamin C
|
37 kal
89.2 kal
3.6 gm
0.7 gm
4.1 gm
1.8 gm
2 mg
88 mg
1 mg
6 mg
195 mg
0.03 mg
0.45 mg
1.9 mg
9.4 mg
|
Sumber: Nutrient Composition of Malaysia Foods (Komposisi Zat Dalam Makanan Malaysia).