Sub Sektor |
: Tanaman |
Kumpulan Komoditi |
: Rempah-Ratus |
Komoditi |
: Serai |
Famili |
: Graminanea |
Nama Tempatan |
: Serai |
PENGENALAN
Tanaman serai makan (Cymbopogen citratus) dipercayai berasal dari Sri Lanka. Seterusnya ia tersebar ke kawasan Tropika, termasuk Tanzania, Brazil, Indonesia, Guatemalam China serta Malaysia. Di Malaysia khususnya, serai makan banyak ditanam sebagai tanaman dapur.
CIRI-CIRI MORFOLOGI
Serai makan mempunyai rimbunan daun yang lebat yang beraroma. Pada setiap rumpun terdapat banyak batang yang tumbuh daripada rizom. Batangnya berwarna putih keunguan atau kemerahan. Daun serai tirus, melampai, lebar 1.0-1.5 cm dan panjangnya 60-100 cm. la berwarna hijau muda, kesat dengan urat yang selari. Serai makan jarang didapati berbunga di Malaysia.
KHASIAT DAN KEGUNAAN
Di Malaysia, serai makan kebiasaannya digunakan sebagai bahan perisa dalam masakan seperti masakanasam pedas, masak lemak cili api, kerabu, tomyam dan rendang. Aroma dan rasanya yang unik dapat menambahkan keenakan masakan dan meningkatkan selera.
Tumbuhan ini mampu mengurangkan sengal-sengal tulang dan melawaskan angin. Ia juga dikatakan baik untuk penghadaman serta menggalakkan pengeluaran peluh.
Selain daripada kegunaan dalam masakan, serai makan juga boleh diproses untuk medapatkan minyak pati. Minyak pati berwarna kuning hingga coklat kemerahan dan berbau sitrus atau lemon. Kandungan utama minyak pati ini ialah sitral iaitu sejenis aldehid 65% - 85%). Sebatian lain yang ditemui dalam minya pati termasuklah linalol, geraniol, sitronelal, sitronelol, farnesol, farnesal, limonena dan nerol. Minyak pati serai makan digunakan sebagai pewangi sabun, bahan pencuci, syampu dan beberapa produk lain.