moa agf MyAgro
Laman Utama

   Maklumat Komoditi


Maklumat Komoditi : Lengkuas



Sub Sektor : Tanaman
Kumpulan Komoditi : Rempah-Ratus
Komoditi : Lengkuas
Famili : Zingiberaceae
Nama Tempatan : Lengkuas

PENGENALAN

Lengkuas (Alpinia galanga) adalah sejenis herba berumbisi dari keluarga Zingiberaceae, sama seperti halia dan kunyit. Tumbuhan ini berasal daripada Asia Tenggara. Kebanyakan lengkuas yang di tanam di Malaysia adalah dari varieti yang banyak digunakan dalam masakan. 

Lengkuas sering dipakai oleh kaum wanita sebagai penyedap masakan. Tanaman ini boleh hidup di dataran tanah rendah dan dataran tanah tinggi sehingga 1,200 meter diatas permukaan laut.

CIRI-CIRI MORFOLOGI

Sejenis tumbuhan tegak yang tinggi batangnya mencapai 2-2.5 meter. Ada dua jenis lengkuas yang di kenali iaitu  varieti merah dan varieti putih. Varieti putih yang digunakan sebagai penyedap masakan dan varieti merah diguna sebagai ubat. Lengkuas mempunyai batang pohon yang terdiri dari susunan pelepah-pelepah daun. Daun-daunnya berbentuk bulat panjang dan antara daun yang terdapat pada bahagian bawah terdiri dari pelepah-pelepah sahaja, sedangkan bahagian atas batang terdiri dari pelepah-pelepah lengkap dengan helaian daun. Bunga muncul pada bahagian hujung tumbuhan. Rizom lengkuas selain dari berserat kasar juga mempunyai aroma yang tersendiri.

Pokok lengkuas

Pokok lengkuas

Lengkuas

Lengkuas

 

KHASIAT DAN KEGUNAAN

Rizom lengkuas digunakan sebagai tonik penghadaman, anti-emetik, anti-kulat, antitumor, anti-helmintik, anti-diuretik, anti-ulseratif, penghadaman. Ekstrak rizom menunjukkan terdapat aktiviti anti-tuberkular, hipotermia, sakit perut bronkial, tonik, perut dan perangsang.

Ia juga digunakan sebagai penenang, meningkatkan selera makan, penyakit jantung, tonik afrodisiak, sakit reumatik, sakit dada, kencing manis, penyakit buah pinggang, pembasmian kuman. Rizom ini juga digunakan sebagai anti-mikrob, anti-bakteria, anti-radang dan agen perasa.

Bijinya digunakan sebagai kardiotonik, diuretik, hipotonik, antiplatelet, anti-tumor dan anti-kulat. 

Bil. Maklumat Penyakit & Perosak
Bil. Kalendar
Bil. Kalkulator
Tiada Rekod Ditemui
Tiada Rekod Ditemui

Pengundi