moa agf MyAgro
Laman Utama

   Maklumat Komoditi


Maklumat Komoditi : Bunga Lawang



Sub Sektor : Tanaman
Kumpulan Komoditi : Rempah-Ratus
Komoditi : Bunga Lawang
Famili :
Nama Tempatan :

PENGENALAN

Pokok lawang dipercayai berasal dari China Tenggara dan Indo-China. Kini, tanaman ini boleh dijumpai di Asia Timur, Indo-China, Filipina dan Eropah. 

CIRI-CIRI MORFOLOGI

Pokok lawang mampu mencapai ketinggian 20m dan kulitnya berwarna putih.

Daunya berselang seli, jenis ringkas, bertangkai 1cm panjang, lai daun 5-15cm dan 1.5-5cm lebar.

Bunga lawang adalah dwijantina. Petal bunga berwarna merah jambu keputihan, merah atau kuning kehijauan. Di bahagian tengah bunga ada banyak stigma yang berwarna hijau yang akan menjadi keras kelak apabila matang. Bunga keluar dari celah ketiak daun di bahagian pucuk dahan atau ranting. Bunga buah lawang adalah berbentuk bintang dimana ada 8 kelopak atau bentuk jejari dari bahagian tengah yang berwarna cioklat gelap. Bunga ini mengeluarkan aroma dan bau yang kuat apabila diramas dan keras apabila dikeringkan. 

Buah berbentuk bintang, 2.5-4.5cm ukuran garis pusat; setiap buah ada 5-13 jejari dalam susunan seperti sinar, jejari berwarna perang kemerahan merekah setelah masak, 1 jejari ada 1 biji.

Biji berwarna perang cerah dan berkilat.

pokok lawang

Pokok lawang

Bunga lawang

Bunga lawang

KHASIAT DAN KEGUNAAN

Buah ini mengandungi minyak yang mengandungi kira-kira 85% anethole, methylchavicol dan safrole. Ia adalah bersifat antibakteria, carminative, diuretic dan odontalgic. Buah ini mempunyai kesan antibakteria yang serupa seperti penisilin.
Ia diambil secara dalaman dalam rawatan sakit perut, gangguan pencernaan dan lumbago. Ia sering dimasukkan dalam rawatan untuk gangguan pencernaan dan campuran batuk. Buah ini juga sering dikunyah dalam kuantiti yang sedikit selepas makan untuk mempromosikan pencernaan.
Buah yang matang diproses menjadi ekstrak minyak pati dan dikeringkan untuk pelbagai kegunaan.

 

Bil. Maklumat Penyakit & Perosak
Bil. Kalendar
Bil. Kalkulator
Tiada Rekod Ditemui
Tiada Rekod Ditemui

Pengundi