moa agf MyAgro
Laman Utama

   Maklumat Komoditi


Maklumat Komoditi : Buah Pelaga



Sub Sektor : Tanaman
Kumpulan Komoditi : Rempah-Ratus
Komoditi : Buah Pelaga
Famili :
Nama Tempatan :

PENGENALAN

Tumbuhan ini dipercayai berasal dari Malabar dan Sri Lanka, tetapi tumbuh liar dari India hingga sebahagian Asia Tenggara. Di Malaysia, kebiasaanya ia ditanam di tanah tinggi. Pokok saka herba ini berketinggian 4m dan tumbuh secara berkelompok. Tunas baru kerap tumbuh pada rhizom dalam tanah.

Nama lain bagi tanaman ini adalah cardomum (Inggeris), bai dou kou (China), choti elaichi (Hindi), luk krawan (Thailand) dan kalulaga (Indonesia).

CIRI-CIRI MORFOLOGI

Pokok ini adalah daripada keluarga zingiberaceae, tumbuh menegak dengan dengan menghasilkan akar atau rizom. 

Daunnya panjang (90cm) dan tirus dihujung dengan lebar 25cm. Ia bertekstur lembut dan berbulu di bahagian bawahnya. Daun tumbuh pada batang yang tegak dan pelepah daun meliputi batang jati.

Tangkai bunga keluar daripada pangkal pokok dengan ketinggian 1m dari paras tanah.  Setiap tangkai mengeluarkan banyak jambak bunga yang berwarna unggu hijau pucat. Jambak buah berkedudukan rata di atas tanah.

Buah yang matang berwarna coklat cerah atau kuning yang berbentuk bulat lonjong serta berkapsul. Kapsul ini mengandungi biji yang berwarna coklt kehitaman apabila cukup kering.

pokok pelaga

Pokok pelaga

Buah pelaga

Bunga pelaga

buah pelaga

Buah pelaga

 

KHASIAT DAN KEGUNAAN

Buah pelaga digunakan sebagai rempah ratus dalam masakan dan secara tradisional ia dikunyah bersama sirih pinang. Buah pelaga merupakan komponen yang penting dalam penyediaan serbuk kari.

Buah ini juga mampu mengeluarkan angin dari perut dan usus, merangsang dan melawaskan haid dan air kecil, merawat bengkak dan sakit, pancutan mani pramatang dan merangsang penghadaman.

Bil. Maklumat Penyakit & Perosak
Bil. Kalendar
Bil. Kalkulator
Tiada Rekod Ditemui
Tiada Rekod Ditemui

Pengundi