moa agf MyAgro
Laman Utama

   Maklumat Komoditi


Maklumat Komoditi : Halia



Sub Sektor : Tanaman
Kumpulan Komoditi : Rempah-Ratus
Komoditi : Halia
Famili : Zingiberaceae
Nama Tempatan : Halia

PENGENALAN

Halia adalah rempah-ratus yang banyak digunakan dalam masakan timur dan barat serta antara rempah yang terpenting diperdagangkan di dunia. Tanaman ini berasal dari Asia Tenggara dan sekarang ditanam secara meluas di seluruh dunia. Antara negara yang banyak mengeluarkan halia ialah Thailand, Australia, Nigeria, China dan India.

CIRI-CIRI MORFOLOGI

Halia ialah tumbuhan berumpun tumbuh dengan ketinggian antara 30-100 cm. Batang halia berwarna hijau pucat, manakala pangkal batang berwarna kemerahan.  Tanaman ini mempunyai pucuk dan daun yang tersusun berdekatan di antara satu sama lain. Bunga halia berwarna ungu ke coklat, berbentuk seperti tabung dan setiap bunga dilindungi oleh daun pelindung. Pembungaan jarang berlaku dalam keadaan iklim di negara ini. Rizomnya bercabang dan berkedudukan secara mendatar berdekatan dengan permukaan tanah. Isi rizom halia bersifat keras dan tebal dan mempunyai cabang berbentuk jari. Ukuran garis pusat antara 1.5-2.5 cm. Ciri-ciri rizom seperti kandungan serabut, hasil dan kepedasan (pungency) berbeza mengikut varieti.

 

KHASIAT DAN KEGUNAAN

Halia digunakan sebagai rempah perasa dan ubatan. Tanaman ini tergolong dalam kategori ubat-ubatan tradisional. Ia dikatakan membantu menghadamkan makanan, menguatkan tenaga batin dan membuang angin yang terdapat di dalam usus kecil dan usus besar. Halia juga dipercayai boleh mengawal penyakit seperti sesak dada, senggugut, sakit tulang, sakit gigi, migrain, batuk dan demam. Halia juga bersifat karminatif, stimulan dan pembunuh kuman jika diambil sebagai ubat.

Halia boleh diekstrak untuk mendapatkan minyak. Gingerols dan oleoresin merupakan bahan aktif dalam minyak halia. Minyak ini dijadikan bahan perisa minuman buah-buahan, ubatan kosmetik dan konfeksionari. Halia boleh diambil dalam bentuk minumana, air rebusan atau pati halia. Dalam masakan, halia digunakan dalam bentuk segar, kering atau bergula. 

Bil. Maklumat Penyakit & Perosak
Bil. Kalkulator
Tiada Rekod Ditemui

Pengundi