moa agf MyAgro
Laman Utama

   Maklumat Komoditi


Maklumat Komoditi : Tongkat Ali



Sub Sektor : Tanaman
Kumpulan Komoditi : Herba
Komoditi : Tongkat Ali
Famili : Simaroubaceae
Nama Tempatan : Tongkat Ali

PENGENALAN

 

Tongkat ali didapati tumbuh di hutan malar hijau di Asia Tenggara. Di Malaysia tongkat ali digunakan secara meluas dalam penyediaan ubatan tradisional dan dijual dalam bentuk kapsul, tablet serta tonik. Lebih kurang 30 produk ubatan tradisional di negara ini mengandungi tongkat ali sama ada secara tulen atau campuran dengan herba yang lain. Permintaan terhadapnya dijangka akan terus meningkat dan dengan itu penanaman secara komersial sangat diperlukan. Pergantungan kepada bekalan daripada sumber semula jadi tidak menjamin kualitinya dan akan membuatnya semakin pupus. 

 

CIRI-CIRI MORFOLOGI

 

Tongkat ali merupakan tanaman jenis saka yang tumbuh menegak tanpa cabang. Dalam keadaan semula jadinya di hutan, ia tumbuh dengan kadar yang perlahan dan boleh mencapai ketinggian sehingga 15 m dengan garis pusat batang berukuran 20 cm. Daunnya berbentuk bujur (2-3 cm lebar, 8-10 cm panjang) tersusun secara berpasangan pada satu tangkai (panjang hingga 100 cm). Terdapat 20-30 pasang anak daun bagi setiap tangkai daun. Tangkai daun tersusun secara 'spiral', sama ada mengikut pusingan jam atau melawan pusingan pada paksi batang. Batangnya berbentuk silinder, berwarna kelabu di bahagian yang tua dan coklat kemerahan di bahagian yang muda. Cetusan daun muda berwarna antara hijau kekuningan, hijau tua dan coklat.

Tangkai bunga tongkat ali tumbuh di celah tangkai daun. Setiap tangkai mengandungi banyak cabang, dan terdapat beberapa ratus kuntum bunga berwarna merah ungu, yang kemudiannya menjadi buah. Terdapat dua jenis tongkat ali di Semenanjung Malaysia iaitu Eurycoma longifolia Jack dan Eurycoma apiculata A.W. Bennett. Hanya E. longifolia ditanam seeara komersial kerana kandungan bahan aktifnya tinggi berbanding dengan E. apiculata. Tambahan pula kelimpahan jenis E. longifolia di habitat semula jadi lebih padat berbanding dengan E. apiculata.

 

KHASIAT DAN KEGUNAAN

 

Tongkat ali terkenal kerana mempunyai kesan penggalak seks (aphrodisiac). Secara tradisi ia digunakan untuk merawat beberapa jenis penyakit dan meningkatkan kesihatan. Antaranya pening kepala, luka­luka, kurap, disentri, bengkak, kelenjar, antileukemik, antitumor, antivirus, antifidan, insektisidal, antiamebik, antimalaria dan antiradang. Kandungan kimia tongkat ali yang penting dalam industri ialah eurikomanon, eurikomalakton dan eurikomanol (quassinoids) yang banyak terdapat di dalam akar. Penyelidikan menunjukkan bahawa bahan kimia (fitokimia) yang terdapat di dalam tongkat ali boleh meningkatkan aras testosteron (hormon yang diperlukan untuk fungsi kelelakian). la juga diperlukan dalam perkembangan organ seks dan otak. 

Bil. Maklumat Penyakit & Perosak
Bil. Kalendar
Bil. Kalkulator
Tiada Rekod Ditemui
Tiada Rekod Ditemui

Pengundi