moa agf MyAgro
Laman Utama

   Maklumat Komoditi


Maklumat Komoditi : Sambung Nyawa



Sub Sektor : Tanaman
Kumpulan Komoditi : Herba
Komoditi : Sambung Nyawa
Famili : Compositae/Asteracceae
Nama Tempatan : Sambung Nyawa

PENGENALAN

 

Sambung nyawa merupakan tanaman semak dan merumpun. Orang negara barat memangil pokok sambung nyawa dengan nama " Purple Passion Vine" kerana pokok ini mempunyai daun yang berisi dan urat yang berwarna ungu. Sambung nyawa berasal dari negara China. Habitatnya berada di hutan belantara, termasuk semak belukar. 

 

MORFOLOGI TANAMAN

 

Tanaman ini memiliki ketinggian mencapai 3 meter atau lebih. Apabila daunnya di ramas ia akan mengeluarjab bau yang harum. Batangnya lembut, berair, sedkiit berkayu dan kelihatan seperti akan rntuh, Bahagian batang yang melekat di dalam tanah akan membentuk akar. Batangnya bercabang, berwarna hijau muda, bahagian hujung batang berbulu jarang. Vubga sambung nyawa merupakan bunga majmuk, bernbentuk malai rata, terdapat 50-60 bunga, panjang sekitar 12-16 mm, lebar 7-9 mm. Bunga mekar berbentuk silinder. Mahkota bunga berwarna kuning dan bahagian hujungnya berwarna merah kecoklatan.

 

KHASIAT DAN KEGUNAAN

 

Kandungan kimia dalam daun antaranya ialah minyak asiri, saponin dan flavonoid. Daun sambung nyawa boleh digunkan untuk menurunkan panas badan, mengubati sakit limpa, menghilangkan rasa sakit akibat lebam, mengubati sakit ginjal, sakit kulit, menurunkan gula dalam darah, tekanan darah, kolestrol, diabetes, resdung dan sebagainya.

 

 

Bil. Maklumat Penyakit & Perosak
Bil. Kalendar
Bil. Kalkulator
Tiada Rekod Ditemui
Tiada Rekod Ditemui

Pengundi