moa agf MyAgro
Laman Utama

   Maklumat Komoditi


Maklumat Komoditi : Pegaga



Sub Sektor : Tanaman
Kumpulan Komoditi : Herba
Komoditi : Pegaga
Famili : Mackinlayaceae
Nama Tempatan : Pegaga

PENGENALAN

 

Pegaga [Centella asiatica (L) Urban] berasal dari kawasan Asia dan juga Afrika Timur iaitu India, Sri Lanka dan Madagaskar. Kemudian ia tersebar ke kawasan Asia Tenggara dan kawasan-kawasan lain seperti Malaysia, Pakistan, China, Jepun, Afrika limur, Hindia Barat, Amerika Selatan dan Australia. la didapati tumbuh meliar di kawasan lembap yang berdekatan dengan air (di persisiran sungai dan tali air). Kebanyakan spesies boleh tumbuh di kawasan terbuka, namun ada juga spesies yang memerlukan keadaan lindungan yang sederhana.

 

CIRI-CIRI MORFOLOGI

 

Pegaga tumbuh menjalar di atas tanah dan mengeluarkan akar pada setiap ruas daun. Daunnya berbentuk otak atau ginjal dengan bahagian tepi daun bersifat licin atau bergerigi mengikut jenis. Lebar daun antara 3 - 5 cm dan panjang tangkai daun boleh mencapai 15 cm mengikut kultivar, kesuburan dan kepadatan tanaman. Bunganya dalam jambak 3-4 kuntum dengan kelopak berwarna putih atau merah jambu. Buahnya berbentuk pipih berukuran  3 mm dan kelihatan seperti biji cili. Terdapat 3 jenis pegaga iaitu Centella asiatica, Merremia emarginata dan Hydrocotyle spp. Spesies asiatica lebih dikenali kerana dapat mengubati berbagai-bagai jenis penyakit. Terdapat lebih daripada 15 kultivar di negara ini. Antara kultivar yang popular ialah pegaga Nyonya, pegaga Kampung (Embun) dan pegaga salad. Pegaga Nyonya mempunyai sifat pertumbuhan yang berumpun dan tegak, tidak memerlukan teduhan, mempunyai hasil dan bahan aktif yang tinggi. Manakala pegaga Kampung (Embun) pula tumbuh menjalar, memerlukan sedikit naungan untuk pertumbuhan yang baik dan mempunyai hasil yang lebih rendah.

 

KHASIAT DAN KEGUNAAN

 

Pegaga mengandungi bahan aktif seperti triterpenoid glikosida (terutama asiatikosida, asid asiatik, asid madekassik, madikassosida), flavenoids (kaemferol dan kuersetin), 'volatile oils' (valerin, kamfor, sineole dan sterols tumbuhan seperti kampesterol, stigmasterol, sitosterol), pektin, asid amino, alkaloid hidrokotilina, miositol, asid bramik, asid sentelik, asid isobrahmik dan asid betulik.

Di Malaysia, pegaga amat popular di kalangan tiga kaum utama negara ini iaitu Melayu, Cina dan India. Bagi kaum Melayu, ia di makan secara segar sebagai ulam, bagi kaum Cina digunakan sebagai minuman penyejuk badan, manakala bagi kaum India, digunakan sebagai tonik kecerdasan minda. Di Madagaskar pegaga dikeringkan, dikisar dan digunakan untuk merawat penyakit kusta, asma, sifilis, bronkitis dan luka-Iuka kulit. Kini pegaga banyak digunakan sebagai ramuan dalam penyediaan ubat-ubatan dan kosmetik di negara-negara Eropah, Amerika Syarikat dan Jepun.

Selain itu pegaga boleh digunakan secara segar sebagai ulam atau diambil air rebusan akar dan daun. la juga telah dijadikan teh herba, minuman tenaga kordial atau diekstrak bahan aktifnya untuk dijadikan pil dan krim.

 

Bil. Maklumat Penyakit & Perosak
Bil. Kalendar
Bil. Kalkulator
Tiada Rekod Ditemui
Tiada Rekod Ditemui

Pengundi