moa agf MyAgro
Laman Utama

   Maklumat Komoditi


Maklumat Komoditi : Mengkudu



Sub Sektor : Tanaman
Kumpulan Komoditi : Herba
Komoditi : Mengkudu
Famili :
Nama Tempatan :

PENGENALAN

 

Mengkudu ialah tanaman bersifat saka berasal dari Asia, Australia dan kepulauan Pasifik. la telah hidup secara liar berabad-abad lamanya di negara kita dan kurang mendapat perhatian pada masa itu. Kebanyakannya terdapat di kawasan pinggir hutan dan berdekatan dengan peparitan dan sungai.

 

CIRI-CIRI MORFOLOGI

 

Tanaman ini mempunyai batang pokok yang lurus, berdaun lebar, bunga berwarna putih, buah berbentuk bujur dan bertukar daripada hijau kepada putih kekuningan apabila matang. Buah yang masak mempunyai bau yang kurang menyenangkan. Ketinggian pokok boleh mencapai lebih kurang 10m. Dua spesies tanaman mengkudu yang biasa terdapat di negara ini ialah Morinda citrifolia (mengkudu besar atau mengkudu laut) dan Morinda elliptica (mengkudu keeil atau mengkudu hutan). 

 

KHASIAT DAN KEGUNAAN

 

Mengkudu mempunyai pelbagai kegunaan. la telah digunakan sejak turun-­temurun dalam perubatan tradisional terutama di kalangan masyarakat Melayu. 'Penemuan semula' dan minat masyarakat umum terhadap tanaman 'ajaib' ini bermula pada penghujung 1998 selepas penemuan saintifik tentang bahan aktif serta fungsinya oleh seorang ahli biokimia dari Universiti Hawaii. Satu bancian yang dijalankan di Amerika Syarikat melaporkan sebanyak 22 jenis masalah kesihatan telah dapat dibantu dengan pengambilan mengkudu. Antaranya ialah kanser, kencing manis, darah tinggi, tulang, jantung, kemurungan, pernafasan, penghadaman dan buah pinggang. Mengkudu juga boleh dibangunkan ke produk kumpulan makanan seperti makanan kesihatan/tambahan, tonik, minuman dan perubatan tradisional dan barangan bukan makanan seperti kosmetik, penjagaan/kesihatan diri dan biopestisid.

Bil. Maklumat Penyakit & Perosak
Bil. Kalendar
Bil. Kalkulator
Tiada Rekod Ditemui
Tiada Rekod Ditemui

Pengundi