moa agf MyAgro
Laman Utama

   Maklumat Komoditi


Maklumat Komoditi : Mas Cotek



Sub Sektor : Tanaman
Kumpulan Komoditi : Herba
Komoditi : Mas Cotek
Famili : Moraceae
Nama Tempatan : Mas Cotek

PENGENALAN

 

Mas cotek ialah sejenis tumbuhan ubatan yang semakin popular dan banyak digunakan oleh pengamal tumbuhan ubatan terutama di pantai timur Semenanjung Malaysia. Tanaman ini juga digunakan oleh penduduk kepulauan Borneo seperti Sarawak, Sabah dan Kalimantan. Mas cotek ialah sejenis tanaman epifit dan hidup menumpang pada tumbuhan lain yang lebih besar untuk mendapatkan cahaya matahari. la biasanya terdapat di celah-celah dahan pokok atau batu besar yang terdedah kepada cahaya matahari yang mencukupi. Sumber nutrien ialah bahan reput daripada daun dan kulit kayu yang terkumpul.  Tumbuhan ini banyak didapati tumbuh secara liar di kebanvakan hutan sama ada di kawasan belukar di tepi laut atau  hutan rimba di pergunungan sehingga 3,000 m dari aras laut.  Walau bagaimanapun tumbuhan ini tidak terdapat di kawasan hutan bakau.

 

CIRI – CIRI MORFOLOGI

 

Mas cotek boleh tumbuh sehingga 2 – 3 m tinggi tanpa pemangkasan.  Bentuk daun berbeza mengikut varieti iaitu sama ada bulat, bujur telur atau lonjong.  Permukaan atas daun berwarna hijau berkilat dengan intik berwarna emas.  Permukaan bawah pula berwarna kuning keemasan dengan tmpok-tompok hitam di antara urat daun utama yang bercabang.  Pangkal dan hujung daun pada kebiasaannya membulat. Bunga terbentuk di bahagian ketiak tangkai daun sama ada berpasangan ataupun tunggal. Bunga yang berwarna hijau muda bertukar menjadi kuning dan merah apabila matang.

 

KHASIAT DAN KEGUNAAN


Mengikut konsep 'Doctrine of Signature', bentuk, warna, rasa dan aroma mana­mana bahagian tumbuhan boleh memberi gambaran tentang kegunaan herba berkenaan dalam rawatan penyakit. Bagi tumbuhan mas cotek, 'Doctrine of Signature' itu dapat dilihat pada tompok hitam yang terdapat di antara dua urat daun yang bercantum. Tompok hitam ini menggambarkan organ reproduktif wanita yang terletak di antara dua kaki. Berdasarkan konsep ini, mas cotek dipercayai berkhasiat untuk sistem reproduktif manusia khususnya bagi kaum wanita. 

Bil. Maklumat Penyakit & Perosak
Bil. Kalendar
Bil. Kalkulator
Tiada Rekod Ditemui
Tiada Rekod Ditemui

Pengundi