moa agf MyAgro
Laman Utama

   Maklumat Komoditi


Maklumat Komoditi : Lempoyang



Sub Sektor : Tanaman
Kumpulan Komoditi : Herba
Komoditi : Lempoyang
Famili : Zingiberaceae
Nama Tempatan : Lempoyang

PENGENALAN

Lempoyang dipercayai berasal dari India dan ia banyak di tanam dalam kawasan tropika dan subtropika Asia. Boleh digunakan sebagai rempah ratus atau perisa dalam cara yang sama seperti halia tetapi jarang digunakan berbanding halia. Baunya tidak sekuat halia dan kadangkala rasanya pahit. Rasa lempoyang berbeza kerana perbezaan baka, kematangan rizom yang digunakan, keadaan tanah dan cuaca setempat.

 

MORFOLOGI TANAMAN

  •  Pokok tumbuh menegak sehingga ketinggian 1.75 m dengan rizom yang mendatar.
  • Daun berbentuk tombak ; panjang 25-40 cm dan lebar 5-8 cm.
  • Jambak bunga berbentuk silinder hingga bujur telur, 6-14 cm panjang dan 4-5 cm diameter ; berwarna hijau semasa muda dan merah setelah matang.
  • Buah jenis kapsul berbentuk silinder, 1.5 cm panjang dan berwarana merah.

 

KHASIAT DAN KEGUNAAN

Rizom muda dijeruk dan di makan sebagai perisa atau pembuka selera. Rizom digunakan sebagai penawar, pencuci, tonik, stimulan, meningkatkan selera, merawat asma, batuk kokol, cirit, sakit perut an vertigo. Bahan aktif yang terdapat pada bahagian rizom lempoyang adalah kukurmin, flavonoid glikosid, flavonol dan serumbon epoksida. Lempoyang juga boleh diekstrak menjadi minyak pati yang digunakan dalam kosmetik, minyak wangi dan sabun

 

Bil. Maklumat Penyakit & Perosak
Bil. Kalendar
Bil. Kalkulator
Tiada Rekod Ditemui

Pengundi