Sub Sektor |
: Tanaman |
Kumpulan Komoditi |
: Herba |
Komoditi |
: Kacip Fatimah |
Famili |
: Myrsinaceae |
Nama Tempatan |
: Kacip Fatimah |
PENGENALAN
Tanaman ini banyak terdapat di negara-negara seperti Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan Papua New Guinea. Di Semenanjung Malaysia, kacip fatimah ditemaui tumbuh secara semula jadi di kawasan hutan pamah yang mempunyai ketinggian 300-700 m dari aras laut dan di kawasan berbukit yang mempunyai lembah serta keperluan air dan cahaya yang mencukupi. Terdapat 3 varieti utama kacip fatimah (Labisia pumila) yang dijumpai di Malaysia ialah alata, pumila dan lanceolata.
MORFOLOGI TANAMAN
- Kacip fatimah ialah pokok renek berkayu lembut dan bersaiz kecil yang tumbuh menegak.
- Pokok kacip fatimah boleh mencapai ketinggian sehingga 10-40 cm.
- Petiolnya bersayap atau tidak bersayap. Sayapnya sama ada lembut atau keras bergantung kepada varieti.
- Batangnya berwarna coklat tua dan sedikit berkayu
- Akar utamanya panjang dan akar rambutnya kukuh merebak di bawah batang dan di sekeliling akar utama.
- Bunga kacip fatimah berwarna ungu muda atau putih merah jambu bersaiz dalam lingkungan 2 mm.
- Kacip fatimah menghasilkan buah yang kecil bersaiz 7 mm panjang dan 5 mm lebar. Buahnya berwarna hijau semasa muda dan menjadi merah terang apabila masak.
KHASIAT DAN KEGUNAAN
Kacip fatimah biasanya digunakan oleh masyarakat wanita Melayu untuk rawatan sebelum dan selepas bersalin. Ia dipercayai dapat mempercepatkan proses kelahiran di samping mengembalikan kecergasan selepas bersalin, mengecutkan rahim dan melangsingkan badan. Pokok ini juga digunakan untuk kelihatan awet muda dan mengurangkan sengugut ketika haid. Selain itu, digunakan dalam rawana buasir, cirit birit, sakit sendi dan penyakit kelamin.
Kajian saintifik menunjukkan kacip fatimah mengandungi sebatian fitokimia yang bersifat fitoestrogen iaitu dapat merangsang sistem keseimbangan hormon dan reproduktif. Kajian juga menunjukkan sebatian fitokimia kacip fatimah dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh, kaya dengan antioksida dan boleh digunakan untuk menurunkan berat badan.