moa agf MyAgro
Laman Utama

   Maklumat Komoditi


Maklumat Komoditi : Gelenggang



Sub Sektor : Tanaman
Kumpulan Komoditi : Herba
Komoditi : Gelenggang
Famili : Caesalpinaceae
Nama Tempatan : Gelenggang

PENGENALAN

 

Tanaman ini didapati hidup liar di negara ini. Tanaman ini banyak terdapat dikawasan lapang kebanyakannya dikawasan tanah rendah dan lembap namun terdapat juga dikawasan dataran yang subur tanahnya. Tanaman ini telah dikenal pasti sebagai salah satu jenis tanaman herba yang berpotensi untuk ditanam secara komersial memandangkan ia mudah diusahakan.

 

MORFOLOGI TANAMAN

 

Gelenggang ialah sejenis pokok renek yang mudah dijumpai dipinggir jalan dan belukar. Ketinggian pokok antara 6 hingga 25 kaki. Daunnya berbentuk bilateral dan berlawanan secara simetri. Daunya akan tertutup pada waktu malam. Bunga berwarna kuning dan dilitupi oleh penutup yang menyerupai lilin sebelum bunganya berkembang. Buahnya berada dalam kulit seperti buah kekacang dan bijinya kecil berbentuk bulat.

 

KHASIAT DAN KEGUNAAN

 

Tanaman ini juga telah terbukti berkesan dari segi kesihatan dalam merawat pelbagai jenis penyakit khususnya berkaitan dengan rawatan penyakit kulit seperti kurap,panau,gatal-gatal dan gigitan serangga berbisa. Merawat kurap dengan cara menggosokkan daunnya pada pada kawasan yang berpenyakit. Orang Asli dan orang Cina Sarawak menggunakan daun pokok ini untuk merawat penyakit kurap dan gatal-gatal. Caranya ialah dengan menumbuk daunnya dan digosokkan pada kulit. Kadang-kadang ianya dicampurkan dengan minyak tanah untuk memberikan lebih berkesan. Daun pokok ini juga boleh digunakan untuk merawat sakit perut dan sembelit. Caranya daun muda dijadikan jus diminum atau dibuat ulam.

Bil. Maklumat Penyakit & Perosak
Bil. Kalendar
Bil. Kalkulator
Tiada Rekod Ditemui

Pengundi