moa agf MyAgro
Laman Utama

   Maklumat Komoditi


Maklumat Komoditi : Dukung Anak



Sub Sektor : Tanaman
Kumpulan Komoditi : Herba
Komoditi : Dukung Anak
Famili : Euphorbiaceae
Nama Tempatan : Dukung Anak

PENGENALAN

 

 

CIRI-CIRI MORFOLOGI

 

Dukung anak ialah sejenis herba renek yang boleh meneapai ketinggian 50-70 cm. Batangnya berwarna hijau atau merah, bergantung kepada jenis. Daunnya kecil (2-3 mm panjang), berbentuk bulat lonjong dan berwarna hijau. Bunganya sangat kecil, berwarna kuning dan terbentuk di celah daun. Buahnya terdapat bawah setiap pelepah daun. Bahan aktif utama yang terdapat di dalam pokok dukung anak ialah filantin dan hipofilantin. Di Malaysia pada amnya terdapat tiga spesies dukung anak iaitu P.niruri (P.amarus), P.urinaria dan P.debelis. Secara tradisional, kesemua spesies ini digunakan. Mengikut pengamal perubatan tradisional, P.debelis dan P. urinaria lebih pahit berbanding dengan P. niruri. Kaum India lebih meminati P. urinaria berbanding dengan spesies lain. Walau bagaimanapun kebanyakan pengamal perubatan tradisional Melayu menggunakan P. niruri. Spesies ini juga digunakan oleh pengilang tumbuhan ubatan untuk menghasilkan ubatan bagi rawatan jaundis. Sifat utama spesies tersebut adalah seperti dalam Jadual 1. Antara tiga spesies tersebut, P. Debelis paling tinggi dan boleh mencapai sehingga 80 cm. Phyllanthus urinaria pula lebih renek dan tumbuh lebih melata di permukaan tanah. Warna batang dan daunnya pula merah kehijauan. 

 

Jadual 1 : Perbandingan sifat pertumbuhan antara spesies dukung anak

 

 Sifat pertumbuhan

Spesies dukung anak

 

 

 

P. niruri

P. debelis

P. urinaria

 Tinggi pokok (em)

50

65

35

 Lebar kanopi (em)

40

30

60

 Warna daun

Hijau muda

Hijau tua

Merah kehijauan

 Warna batang

Hijau muda

Hijau tua

Merah

 Ranting

Sederhana padat

Jarang

Tumbuh padat

 

KHASIAT DAN KEGUNAAN

 

Secara tradisi tumbuhan ini banyak digunakan dalam sistem perubatan Ayurvedik, Yunani, perubatan Cina dan Amerika Selatan untuk rawatan penyakit berkaitan buah pinggang seperti batu karang, malaria, asma, pelawas kencing, penambah selera makan dan penyakit yang berkaitan hati. Di Malaysia, tumbuhan ini banyak digunakan untuk rawatan kencing manis, darah tinggi, gigitan serangga berbisa, cirit-birit, gatal­-gatal dan jaundis. Sejak akhir-akhir ini, kajian saintifik terhadap tumbuhan ini mula diberi perhatian khusus oleh para penyelidik memandangkan ia mempunyai sifat antivirus terutama virus hepatitis B.

 

 

Bil. Maklumat Penyakit & Perosak
Bil. Kalendar
Bil. Kalkulator
Tiada Rekod Ditemui

Pengundi