Terima Kasih Kerana Mengundi.
Tiada Rekod Ditemui
Kesesuaian Tanah
Tanaman Ubi Keladi sesuai ditanam di kebanyakan jenis tanah di Malaysia. Pengurusan yang lebih rapi diperlukan sekiranya tanaman ini ditanam di tanah yang sederhana sesuai bagi mencapai potensi hasil yang menguntungkan. Sifat dan kesesuaian tanah bagi tanaman Ubi Keladi adalah seperti di Jadual 1.
Jadual 1: Sifat dan Kesesuaian Tanah bagi Ubi Keladi.
Sifat Tanah
Sesuai
Sederhana Sesuai
Kecerunan
0-6°
6-12°
Saliran
- Tak sempurna salir ke agak tak sempurna salir. Paras naik turun air berada pada kedalaman 50-75 cm dari permukaan.
- Sederhana salir ke salir. Paras naik turun air berada pada bawah 75 cm dari permukaan.
- Kurang salir ke agak kurang salir. Paras naik turun air berada pada kedalaman 25-50 cm dari permukaan.
- Sangat salir. Keupayaan pegangan air tanah rendah.
Kedalaman tanah yang sesuai (ke lapisan padat/batu, asid sulfat)
> 75 cm
50-75 cm
Tekstur dan struktur
Kandungan liat : >18-35%
atau
kandungan liat : >35% dan tanah gembur.
Kandungan liat :10-18% atau
Kandungan liat : >35% dan agak padat.
Kemasinan
< 0.5 dS/m (Sangat rendah)
0.5 - 1 dS/cm
(Rendah)
Sumber: Jabatan Pertanian, 2018
Penyediaan kawasan merangkumi kerja-kerja pembersihan tanah gambut dari menebas, mengumpul, membakar sehingga sesuai untuk ditanam. Pengapuran perlu untuk meningkatkan pH tanah dengan kadar 2.5tan/ha.
Penyediaan sistem perparitan yang sempurna amatlah perlu untuk mengelakkan air bertakung.