moa agf MyAgro
Laman Utama

   Maklumat Komoditi


Maklumat Komoditi : Tembikai Merah



Sub Sektor : Tanaman
Kumpulan Komoditi : Buah-buahan
Komoditi : Tembikai Merah
Famili :
Nama Tempatan :

Tembikai (Citrullus lunatus) adalah sejenis buah tropika tergolong dalam keluarga yang sama dengan labu, petola, timun dan peria. Ia dipercayai berasal dari kawasan tropika di Benua Afrika dan kemudian diperkenalkan ke kawasan Mediteranean dan Asia. Antara negara-negara pengeluar tembikai yang utama ialah Turki, Amerika Syarikat, China dan Rusia.

Tembikai tumbuh pada batang menjalar di atas tanah. Batang ini berbulu dan mempunyai sulur paut untuk memanjat. Daunnya bujur dengan pecahan cuping yang dalam. Pokok ini kebanyakannya didebungakan oleh lebah madu. Bentuk buah tembikai berjulat daripada yang bulat hingga bulat yang membujur. Warna kulit dari hijau muda hingga hijau tua dengan atau tanpa jalur. Warna isi boleh jadi merah tua, merah atau kuning. Tembikai biasanya dimakan segar atau diproses untuk dijadikan jus. Ada juga yang dipek di dalam tin atau kotak. Biji tembikai dijadikan snek sama seperti biji bunga matahari iaitu kuaci, yang kaya dengan karbohidrat dan lemak.

Di Malaysia tembikai pertama kalinya ditanam di Kelantan dalam tahun 1940. Daripada situ, ia mula berkembang hinggalah pengenalan tembikai hibrid dari Taiwan dan Jepun pada tahun 70-an.Di Malaysia tembikai banyak ditanam di negeri-negeri di pantai timur. Ia di tanam untuk kegunaan domestik dan eksport. Dalam tahun 2000, Malaysia mengeksport tembikai yang bernilai sebanyak RM60 juta. Empat pasaran eksport utama tembikai Malaysia ialah Singapura, Hong Kong, Taiwan dan Brunei. Malaysia menduduki tangga ke 12 antara pengeluar tembikai dunia dan mempunyai 3.1% pasaran saham dunia. Dalam tahun 1994 keluasan penanaman tembikai meliputi 5,100 hektar dengan pengeluaran sebanyak 214,000 tan metrik. Dalam tahun 2000 keluasan penanaman meningkat kepada 6,500 hektar.

Di Semenanjung Malaysia tembikai di tanam di Alor Gajah, Bachok, Besut, Gua Musang, Jasin, Jeli, Johor Bahru, Kluang, Kota Bharu, Kota Star, Kota Tinggi, Kuala Kerai, Kuala Terengganu, Kubang Pasu, Langkawi, Macang, Marang, Melaka Tengah, Mersing, Padang Terap, Pasir Mas, Pasir Putih, Pendang, Perlis, Pokok Sena, Port Dickson, Rembau, Rompin, Setiu, Tanah Merah dan Tumpat.

 

Bil. Kalendar
Bil. Kalkulator
Tiada Rekod Ditemui
Tiada Rekod Ditemui

Pengundi