Sub Sektor |
: Tanaman |
Kumpulan Komoditi |
: Buah-buahan |
Komoditi |
: Rambutan |
Famili |
: |
Nama Tempatan |
: |
Rambutan (Nephelium lappaceum L.) merupakan buah yang digemari oleh semua lapisan masyarakat di Malaysia dipercayai berasal dari Malaysia dan Indonesia. la adalah sejenis buah-buahan tropika yang bermusim dan di dapati ditanam di seluruh negara tropika khususnya di Asia Tenggara seperti Indonesia, Malaysia, Selatan Thailand dan Selatan Filipina.
Di Malaysia, pokok rambutan ditanam di kawasan sekeliling rumah dalam bentuk dusun campuran atau ditanam di dusun-dusun secara tunggal. Kawasan utama pengeluaran rambutan ialah di Kelantan, Johor, Terengganu, Pahang, Perak dan Kedah.
Rambutan merupakan buah yang berdaya maju untuk dieksport. Nilai eksport bagi tempoh empat tahun (2003-2006) adalah lebih kurang RM 9.6 juta manakala nilai import pula berjumlah lebih kurang RM 4.84 juta bagi tempoh yang sama. Ini bermakna Malaysia mempunyai lebihan dagangan bagi komoditi rambutan sebanyak RM 4.76 juta dalam tempoh empat tahun. Negara-negara yang mengimport rambutan dari Malaysia ialah Singapura, Brunei, Negara Timur Tengah seperti Kuwait dan Negara Arab Bersatu serta beberapa negara lain.
Buah rambutan biasanya dimakan segar atau diproses. Bagi buah yang dimakan segar, ciri-ciri buah yang penting ialah saiz buah, warna buah, rupa keseluruhan buah, ketebalan isi, kemanisan isi, dan kelekangan testa pada isi. Sementara untuk buah yang diproses pula, ianya mestilah mempunyai biji yang kecil, kulit yang nipis, isi tebal dan rangup serta peratus isi yang tinggi.
Rambutan mempunyai kandungan air dan tenaga yang tinggi. Di antara zat makanan yang ada dalam rambutan ialah karbohidrat, lemak, vitamin, mineral seperti fosforus dan kalsium