moa agf MyAgro
Laman Utama

   Maklumat Komoditi


Maklumat Komoditi : Pisang



Sub Sektor : Tanaman
Kumpulan Komoditi : Buah-buahan
Komoditi : Pisang
Famili : Musaceae
Nama Tempatan : Pisang

  1. PENGENALAN

 

Pisang, (Musa Paradisica Linn.) tergolong di dalam keluarga Musaceae. Pisang yang boleh dimakan ialah daripada spesis M. accuminata Colla dan M. Balbisiana Colla. Penanaman pisang sebagai sumber makanan tersebar luas di kawasan tropika. Negara-negara Amerika Latin, Kepulauan Carib­ean dan beberapa buah negara di Asia merupakan pengeluar dan pengeksport utama pisang di dunia. Di Asia pula, negara utama pengeluar pisang adalah Filipina, Thailand, Indonesia, India dan Malaysia.

 

Di Malaysia, kultivar seperti pisang mas, berangan, cavendish dan rastali ditanam untuk dimakan segar. Kultivar seperti pisang nangka, raja, lang, relong, tanduk, nipah dan pisang awak sesuai untuk dimasak atau diproses sebagai makanan ringan. Pada masa sekarang, kultivar pisang berangan, cavendish dan mas ditanam secara komersil untuk dieksport. Manakala pisang raja, pisang rastali dan pisang nangka juga mempunyai nilai komersil untuk permintaan pasaran tempatan. Kebanyakan tanaman pisang didapati ditanam secara komersil di negeri Johor, Perak, Kelantan, Pahang, Kedah dan Selangor. Keluasan tanaman pisang di Malaysia adalah seperti di Jadual 1 dan hasil keluaran pisang tahunan mengikut negeri adalah di dalam Jadual 2.

 

Jadual 1. Keluasan Tanaman Pisang Mengikut Negeri Bagi Tahun 2003-2005

 

Negeri

Keluasan tanaman pisang (Hektar)

2003

2004

2005

JOHOR

9,715

8,963

9,758

KEDAH

1,429

1,373

1,373

KELANTAN

2,225

2,351

2,379

MELAKA

167

272

272

N. SEMBILAN

456

464

532

PAHANG

1,688

1,838

1,819

PERAK

4,057

3,620

3,473

PERLIS

0

-

6

PULAU PINANG

601

628

643

SELANGOR

2,770

3,027

1,133

TERENGANU

662

517

487

SEM. MALAYSIA

23,770

23,053

21,886

Sabah

2,718

2,546

2,589

Sarawak

3,332

3,414

3,490

WP Labuan

45

45

65

JUMLAH

29,855

29,058

28,010

Sumber: Jabatan Pertanian 2007

 

 

 

Jadual 2: Jumlah Keluaran Hasil Pisang Mengikut Negeri Bagi Tahun 2003-2005

 

Negeri

Jumlah Keluaran Hasil Pisang (Tan)

2003

2004

2005

JOHOR

124,307

143,823

112,004

KEDAH

19,255

17,121

17,121

KELANTAN

13,481

15,418

15,041

MELAKA

1,499

2,731

2,556

N. SEMBILAN

3,175

3,233

4,151

PAHANG

7,548

11,556

9,516

PERAK

24,134

27,749

25,043

PERLIS

6

-

13

PULAU PINANG

3,535

3,692

3,779

SELANGOR

18,569

23,319

6,848

TERENGANU

3,565

1,622

1,416

SEM. MALAYSIA

219,074

250,264

197,488

Sabah

26,364

37,350

33,007

Sarawak

28,854

29,357

30,877

WP Labuan

135

135

456

Jumlah

274,425

317,106

261,828

Sumber: Jabatan Pertanian 2007

 

Pisang masak boleh dimakan segar atau diproses menjadi berbagai-bagai produk seperti kerepek, hirisan dalam sirap atau buah koktel, pisang kering atau salai, makanan bayi, kerepek, keropok, jem, jeli, serbuk, minuman dan juga cuka. Pemprosesan buah pisang di peringkat matang terhad kepada pengeluaran produk kerepek dan tepung pisang.

Bil. Kalendar

Pengundi