moa agf MyAgro
Laman Utama

   Maklumat Komoditi


Maklumat Komoditi : Rock Melon



Sub Sektor : Tanaman
Kumpulan Komoditi : Buah-buahan
Komoditi : Rock Melon
Famili : Cucurbitaceae
Nama Tempatan : Rock Melon

Pengenalan Tembikai wangi atau Rock Melon (Cucumis melo L.) adalah sejenis tanaman jenis tembikai dari keluarga Cucurbitaceae yang kini sangat popular ditanam di Malaysia. Buah melon digemari kerana rasanya yang sedap, manis, bentuk yang menarik dan digemari oleh semua golongan masyarakat. Buah melon sama ada dimakan segar kerana rasanya yang lazat manis atau di buat jus minuman atau di buat ''cocktail'. Kaedah penanaman melon ialah sama ada diusahakan secara moden dengan sistem fertigasi di bawah struktur pelindung hujan atau sistem terbuka.

 

Rock Melon dipercayai berasal dari kawasan Utara Benua Afrika sebelum dimajukan di kawasan Meditrenean dan kemudian tersebar ke Eropah dan kawasan Asia dan seluruh dunia. Negara pengeluar utama melon di dunia adalah China (150,000 ha), Turki (150,000 ha), India (100,000 ha), Sepanyol (70,000 ha), USA (42,000 ha), Romania (10,000 ha), Jepun (18,000 ha), Itali (17,000 ha), Perancis, Taiwan dan Australia. Varieti melon yang ditanam di setiap negara berbeza-beza mengikut kehendak pasaran tempatan dan kesesuaian tanah serta agroclimate. Penanaman melon di Malaysia dulu diusahakan di atas tanah tetapi masa kini ramai petani berminat untuk menanam melon secara sistem fertigasi walau pun kos asas membuat Struktur Pelindung Hujan (SPH) mahal. Melon merupakan salah satu daripada 11 jenis buah-buahan yang telah dikenalpasti di bawah Dasar Agromakanan Negara (2011-2020) yang mempunyai potensi untuk dibangunkan bagi menampung permintaan tempatan dan eksport.

Bil. Maklumat Penyakit & Perosak
1 Penyakit Rock Melon
Bil. Kalkulator
Tiada Rekod Ditemui

Rock Melon Glamour

Rekabentuk Pengairan Fertigasi


Pengundi