Terima Kasih Kerana Mengundi.
Tiada Rekod Ditemui
1. Pengenalan Umum:Penyediaan kawasan yang sempurna adalah satu amalan yang penting dalam pembukaan ladang manggis. Kawasan boleh dibersihkan sama ada menggunakan jentera atau secara manual bergantung kepada keadaan kawasan yang dikenalpasti.Bagi kawasan rendah dan datar, perparitan perlu dibuat bagi memperbaiki saliran di kawasan ladang. Kawasan yang berbukit yang mempunyai kecerunan 6-12 ° perlu dibuat teres atau tapak gajah. Pembajakan kawasan tidak digalakkan melainkan jika bercadang untuk menanam penutup bumi. Penanaman tanaman penutup bumi digalakkan sebagai satu langkah pemuliharaan tanah khususnya kawasan yang bercerun.2. Kaedah penanaman :Atas tanah
Benih ditanam dalam lubang yang digali dan diisikan dengan baja organic dengan jarak tanaman 7.5m x 7.5m dengang kepadatan 175 pokok sehektar.
Buat lubang penanaman 60cm x 60cm x 80cm dalam.
Pengurusan Air
Pengurusan air sangat perlu bagi tanaman manggis pada peringkat awal di ladang. Kekurangan air pada peringkat ini akan menyebabkan pokok yang baru diubah, lambat pulih daripada kejutan pemindahan dan seterusnya lambat membesar. Bagi mengatasi masalah ini, seeolkn-eloknya pokok diubah ke ladang pada awal musim hujan. Sungkupan di keliling pokok digalakkan terutamanya sepanjang musim kemarau.
Air yang mencukupi perlu pada peringkat pembungaan dan pembesaran buah. Kekurangan air akan menyebabkan pembesaran buah terbantut. Air yang berlebihan juga tidak baik kerana pokok akan lebih cenderung untuk berpucuk. Pokok yang berpucuk pada masa pengeluaran buah akan mewujudkansaingan dalam mendapatkan bahan makanan. Akibatnya keguguran buah boleh berlaku atau buah lambat membesar.
Bagi ladang komersil, pengairan mikro boleh digunakan. Sistem pengairan mikro mempunyai kecekapan yang tinggi melebihi 90% pemberian air. Pengendaliannya tidak memerlukan tenaga kerja yang banyak. Kadar alir air bagi kepala penyebar mikro adalah di antara 2 hingga 60 liter sejam pada tekanan 2 hingga 60 psi. Anggaran kos sistem pengairan mikro adalah di antara RM 4000 - RM 8000 sehektar.