Mangga (Mangifera indica L.) adalah sejenis buah-buahan bermusim yang banyak ditanam di negara beriklim tropika dan subtropika. Ia dipercayai berasal dari rantau India/Myanmar dan kemungkinan juga dari rantau Asia Tenggara kerana banyaknya bilangan spesies yang dijumpai di kawasan ini.
Di antara negara-negara pengeksport utama mangga di dunia adalah India, Afrika Timur, Sri Lanka, Brazil, Mexico dan beberapa negara Asia Tenggara seperti Filipina, Indonesia dan Thailand. Jumlah eksport dari Malaysia sangat sedikit berbanding negara lain kerana pengeluaran masih rendah.
Kawasan penanaman mangga di Malaysia dianggarkan lebih 8000 ha terutama di negeri-negeri seperti Kedah, Perak, Perlis dan Melaka. Jumlah keluasan tanaman dan pengeluaran mangga di Malaysia bagi tahun 2003 hingga 2005 adalah seperti dalam Jadual 1. Kebanyakan penanaman mangga diusahakan oleh pekebun kecil (1-5 ha). Namun begitu, terdapat juga penanaman secara komersil oleh badan korporat seperti Perlis Plantation Berhad dan Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADP) Perlis.
Jadual 1: Keluasan Tanaman dan Pengeluaran Mangga Di Malaysia Tahun 2003-2005
Negeri
|
2003
|
2004
|
2005
|
|
Keluasan (Ha)
|
Pengeluaran (Tan)
|
Keluasan (Ha)
|
Pengeluaran (Tan)
|
Keluasan (Ha)
|
Pengeluaran (Tan)
|
Johor
|
430
|
867
|
421
|
1,171
|
362
|
1,175
|
Kedah
|
1,212
|
3,357
|
1,475
|
3,515
|
1,474
|
3,515
|
Kelantan
|
375
|
595
|
375
|
503
|
520
|
662
|
Melaka
|
1,375
|
2,782
|
1,354
|
3,748
|
1,401
|
4,077
|
N.Sembilan
|
544
|
1,199
|
540
|
1,217
|
534
|
1,223
|
Pahang
|
325
|
123
|
357
|
293
|
415
|
307
|
Perak
|
1,391
|
4,395
|
1,355
|
8,052
|
1,313
|
4,917
|
Perlis
|
1,036
|
2,949
|
1,032
|
3,367
|
499
|
3,440
|
Pulau Pinang
|
192
|
322
|
199
|
334
|
190
|
319
|
Selangor
|
218
|
754
|
228
|
646
|
104
|
618
|
Terengganu
|
301
|
74
|
222
|
110
|
358
|
596
|
Sem. Malaysia
|
7,399
|
17,417
|
7,558
|
22,956
|
7,170
|
20,849
|
Sabah
|
837
|
1,924
|
842
|
1,420
|
856
|
1,439
|
Sarawak
|
1,108
|
2,446
|
1,174
|
2,413
|
1,255
|
2,600
|
WP Labuan
|
140
|
286
|
140
|
286
|
140
|
344
|
JUMLAH
|
9,484
|
22,073
|
9,714
|
27,075
|
9,421
|
25,232
|
Sumber: Jabatan Pertanian 2007
Kebanyakan mangga yang diimport ke Malaysia ialah dari negara Thailand, Filipina, India, Pakistan dan Australia. Malaysia mengeksport buah mangga ke negara jiran seperti Singapura, Hong Kong, Brunei, Indonesia, Korea, Netherlands, Thailand, United Kingdom dan USA. Nilai eksport mangga Malaysia yang terbanyak adalah ke negara Singapura manakala nilai import mangga ke Malaysia adalah negara Thailand.
Kebiasaannya, buah mangga dimakan segar. Buah ini juga boleh diproses untuk dijadikan produk-produk seperti jus, jem, sos, jeruk, halwa dan juga boleh dikeringkan.
Buah mangga sangat berkhasiat dan enak rasanya. Umumnya mangga kaya dengan vitamin A, manakala vitamin C, B2 dan B3 adalah sederhana tinggi. Kandungan zat yang didapati di dalam mangga adalah seperti dalam Jadual 3.
Jadual 3. Komposisi Zat Makanan bagi Setiap 100 g (bahagian boleh dimakan)
Kandungan
|
Jumlah
|
Kandungan
|
Jumlah
|
Tenaga
Air
Protein
Lemak
Karbohidrat
Serat
Abu
Kalsium
Fosforus
|
69 kcal
82.5 g
2.1 g
0.5 g
14.1. g
0.4 g
0.g g
19 mg
15 mg
|
Ferum
Natrium
Kalium
B1
B2
B3 (Niasin)
Vitamin A (Karotena)
Vitamin C
|
0.2 mg
7 mg
7 mg
0.05 mg
0.6 mg
0.2 mg
1,888 mg
23 mg
|
Sumber : Nutrient Composition of Malaysian Foods, Food Habits Research And
Development, Malaysia (1988)