moa agf MyAgro
Laman Utama

   Maklumat Komoditi


Maklumat Komoditi : Betik



Sub Sektor : Tanaman
Kumpulan Komoditi : Buah-buahan
Komoditi : Betik
Famili : Caricaceae
Nama Tempatan : Betik

PENGENALAN

Pokok betik (Carica papaya L.) merupakan sejenis tumbuhan herba saka yang hidup singkat. Tanaman ini dipercayai berasal dari West Indies atau Selatan Mexico dan Amerika Tengah. Di Malaysia, tanaman betik tertumpu di negeri Perak, Pahang dan Johor. Jadual 1 menunjukkan jumlah keluasan tanaman dan pengeluaran betik di Malaysia dari tahun 2011 hingga 2013.

Penanaman betik boleh dilakukan secara tanaman tunggal (monokultur) atau dijadikan sebagai tanaman selingan di antara tanaman jangka panjang seperti tanaman buah-buahan, kelapa, kelapa sawit dan getah. Pokok betik boleh hidup sehingga 15 tahun atau lebih tetapi produktivitinya menurun mengikut umur. Penanaman semula setiap 3 tahun adalah disyorkan. Pokok betik mengeluarkan bunga lebih kurang 4 hingga 4.5 bulan selepas penanaman. Buah akan matang 4 hingga 5 bulan selepas berbunga atau 2.5 hingga 3 bulan selepas antesis berlaku.

 Pada amnya buah betik berbentuk bujur memanjang hingga ke bentuk yang hampir bulat. Kebanyakan kulit buah berwarna hijau tua sebelum matang dan berwarna kuning cerah hinggalah kuning pekat apabila masak. Isinya berwarna kekuningan, oren hingga ke warna merah cerah atau merah dan kaya dengan vitamin A dan C. Isi betik rasanya manis, sukulen dan mempunyai aroma yang agak wangi. Kebanyakan varieti atau buah betik mempunyai biji bersaiz antara 0.2 mm hingga 0.4 mm dan berwarna kelabu hingga kehitaman.

Jadual 1 : Jumlah Keluasan Tanaman dan Pengeluaran Betik Di Malaysia Tahun 2011-2013

Negeri

2011

2012

2013

Keluasan (Ha)

Pengeluaran (Tan)

Keluasan (Ha)

Pengeluaran (Tan)

Keluasan (Ha)

Pengeluaran (Tan)

Johor

591.6

16,026.7

661.4

14,260.9

853.5

16,108.9

Kedah

270.5

2,572.1

150.3

3,213.0

135.9

1,267.8

Kelantan

36.0

671.2

37.2

881.8

68.7

1,405.0

Melaka

51.0

1,321.0

54.0

1,350.0

51.2

484.0

N.Sembilan

92.4

656.4

84.6

1,261.7

38.2

802.0

Pahang

489.0

5,385.8

161.4

1,308.7

186.6

949.8

Perak

191.0

3,141.8

228.0

4,276.9

167.6

4,561.6

Perlis

53.5

2,615.7

5.6

112.6

5.8

104.4

Pulau Pinang

100.5

1,383.0

18.4

142.4

50.8

794.3

Selangor

125.8

1,494.9

227.6

2,567.3

16.5

55.0

Terengganu

1.2

6.6

7.2

26.5

4.6

23.0

Sem. Malaysia

2,002.4

35,275.2

1,635.7

29,401.7

1,579.4

26,555.8

Sabah

267.0

6,126.5

212.7

4,438.6

170.4

3,505.1

Sarawak

191.0

1,929.7

182.2

1,793.5

182.0

1,653.3

WP Labuan

2.0

32.9

-

-

2.2

34.1

JUMLAH

2,462.4

43,364.3

2,030.6

35,633.8

1,934.0

31,748.3

 

Malaysia merupakan pengeksport betik ke empat terbesar di dunia selepas Mexico, Brazil dan Belize suatu ketika dahulu. Negara pengimport utama betik Malaysia ialah Singapura, Hong Kong,Thailand dan Netherlands. Pada tahun 2013, nilai eksport buah betik dianggarkan sebanyak RM30.8 juta.

 Kandungan Nutrien

Betik masak biasanya dimakan segar. Selain itu buah betik boleh diproses menjadi produk yang berpotensi untuk pasaran di dalam dan luar negara. Produk-produk dan makanan yang boleh dihasilkan termasuklah jem, pai, acar, kerabu, rojak, halwa, jeruk, agar-agar/puding koktel dan sebagainya. Buah muda juga dimakan sebagai sayuran dan ulam-ulaman. Bunga betik jantan boleh direbus dan dijadikan ulam. Papain ialah sejenis enzim yang diperoleh daripada getah buah betik muda boleh digunakan untuk melembutkan daging dan kegunaan– kegunaan lain dalam bidang farmasi. Kandungan nutrien bagi buah betik varieti Eksotika dan varieti lain (Subang, Batu Arang dan Sitiawan.

 adalah seperti di Jadual 2. Kandungan nutrien betik (Solo) adalah seperti di Jadual 3.

Jadual 2 : Kandungan Nutrien Betik Bagi 100g Bahagian yang Boleh Dimakan

 

Jenis Nutrien

Varieti Lain

Eksotika

Tenaga (Kcal)

35.00

59.00

Air (g)

90.70

84.40

Protein (g)

1.50

1.00

Lemak (g)

0.10

0.10

Karbohidrat (g)

7.10

13.50

Serat (g)

0.50

0.50

Abu (g)

0.10

0.50

Kalsium (mg)

11.00

31.00

Posporus (mg)

7.00

17.00

Magnesium (mg)

0.70

0.80

Sodium (mg)

3.00

2.00

Kalium (mg)

39.00

337.00

Karotene (ug)

160.00

2431.00

R.E (ug)

193.00

405.00

Vitamin B1 (mg)

0.03

0.08

Vitamin B2 (mg)

0.07

0.15

Niasin (mg)

0.10

0.10

Vitamin C (mg)

71.00

69.30

Sumber : Nutrient Composition of Malaysian Foods

 

Jadual 3 : Kandungan Nutrien Betik (Solo) Bagi 100g Bahagian yang Boleh Dimakan

 

Nutrien

Unit

Air (g)

87.00 g

Tenaga (Kcal)

59.00 Kcal

Protein (g)

0.39 g

Lemak (g)

0.06 g

Karbohidrat (g)

12.20 g

Serat (g)

0.58 g

Abu (g)

0.57 g

Kalsium (mg)

30.00 mg

Magnesium (mg)

21.00 mg

Fosforus (mg)

12.00 mg

Zat besi (mg)

0.20 mg

Natrium (mg)

4.00 mg

Kalium (mg)

183.00 mg

Vitamin B1 (Tiamina) (mg)

0.03 mg

B2 (Riboflavin) (mg)

0.04 mg

B3 (Niasin)

0.33 mg

C (Asid askorbik)

84.00 mg

Vitamin A

1,093 I. U.


Bil. Kalendar
Bil. Kalkulator
Tiada Rekod Ditemui

Pengundi