Sub Sektor |
: Tanaman |
Kumpulan Komoditi |
: Buah-buahan |
Komoditi |
: Anggur |
Famili |
: Viticeae |
Nama Tempatan |
: Anggur |
Tanaman Anggur (Vitis vinifera) atau Grapes perlu dijalankan mengikut amalan pertanian baik bertujuan untuk mendapatkan hasil berkualiti. Penanaman anggur pada masa ini di dunia dimonopoli oleh beberapa negara seperti China, Itali, Turki, Sepanyol, Perancis, Turki dan juga beberapa negara lain. Secara umumnya Anggur (Vitis spp) ialah tumbuhan beriklim sederhana dari keluarga Vitaceae yang digunakan sebagai buah segar dan diproses untuk dibuat minuman, kismis, jus, wain dan sebagainya. Penanaman anggur banyak di negara beriklim sub-tropika atau sederhana sejuk dan kini telah ada varieti yang telah sesuai diadaptasikan dengan iklim tropika.
Teknologi penanaman anggur telah mencapai tahap maju di mana penanaman berskala besar dan luas akan dibuat mengikut sistem seperti estet dengan cara pengurusan yang baik. Penanaman secara kecil-kecilan juga banyak dijalankan oleh pekebun kecil dengan teknologi pengurusan yang hampir sama. Pemilihan varieti anggur yang sesuai penting untuk menghasilkan buah yang tinggi dan berkualiti dan tahan kepada penyakit. Bahan tanaman menggunakan keratan batang (vine cuttings) adalah sesuai digunakan jika tidak ada masalah dengan nematod dan phylloxera. Bahan tanaman cantuman baji (bench graft) sesuai dengan pokok penanti yang tahan dari serangan tersebut.
Jenama |
Tempoh Matang Pokok |
Warna Masak |
I.A.C |
8 - 12 bulan |
Hijau |
Black Queen |
9 - 12 bulan |
Kehitaman |
Black Opal |
10 - 12 bulan |
Hitam Biru |
New White Malaga |
10 - 12 bulan |
Hijau |