moa agf MyAgro
Laman Utama

   Maklumat Komoditi


Maklumat Komoditi : Timun



Sub Sektor : Tanaman
Kumpulan Komoditi : Sayur-Sayuran
Komoditi : Timun
Famili : Cucurbitaceae
Nama Tempatan : Timun

PENGENALAN

Timun (Cucumis sativus Linn) ialah daripada keluarga Cucurbitaceae. Ia merupakan pokok herba semusim yang tumbuh menjalar dan memanjat serta mempunyai sulur paut yang kuat. Seluruh pokoknya dipenuhi dengan bulu-bulu kasar. 

Pokok timun dipercayai berasal dari India Utara, tetapi kini penanamannya terdapat di semua kawasan beriklim tropika. Di Semenanjung Malaysia, kawasan-kawasan pengeluar utama timun ialah Johor, Perak dan Terengganu.

Timun biasanya dimakan mentah, dibuat ulam atau acar. Buahnya juga boleh dijeruk atau dimasak sebagai sayur atau dijadikan rencah di dalam berbagai jenis masakan. Buah yang tua boleh dibuat sup untuk mengurangkan panas badan, terutama bagi mereka yang baru sembuh daripada demam. Putik timun yang dimasak dikatakan dapat menyembuhkan cirit birit pada kanak-kanak.

Nama saintifik bagi timun ialah Cucumis sativus Linn, daripada keluarga Cucurbitaceae. Di sebelah Pantai Timur, timun dikenali juga sebagai timun batang.

Pokok timun adalah sejenis pokok herba semusim yang tumbuh menjalar dan memanjat serta mempunyai sulur paut yang kuat. Seluruh pokoknya dipenuhi dengan bulu-bulu kasar.

Lain-lain ciri pokok timun ialah:

Akar            

Sistem perakaran yang kembang meluas tetapi cetek.

Batang

Bersegi empat dan kuat, bersulur paut tidak bercabang.

Daun           

Berukuran 7 - 20 cm panjang, berkeadaan kesat/ kasardan lebar. lanya berbentuk tiga segi bujur dan bercuping serta mempunyai tangkai daun yang panjang lebih kurang 5-15 cm.

Bunga          

Berwarna kuning, petal berbentukseperti loceng yang berumbai-umbai dan bergaris pusat lebih kurang 3-4 cm. Bunganya adalah jenis monoecious iaitu bunga jantan dan betina terletak berasingan pada satu pokok. Bunga jantan dihasilkan berkelompok pada tangkai kecil dan bilangannya melebihi daripada bunga betina. Bunga betina pula selalunya dihasilkan sekuntum-sekuntum dengan tangkai yang pendek. Buah timun terbentuk hasi! kacukan silang di mana agen pendebungaan yang utama bagi tanaman timun ialah lebah dan lalat.

Buah             

Buah timun berbeza daripada segi bentuk dan saizmengikut jenis. Selalunya bentuk bujur dan didapati berjuntaian pada pokok. Buah yang muda berwarna hijau muda hingga kehijauan gelap dan menjadi keperangan bila tua atau masak. Buahnya mengandungi banyak biji kecuali di dalam buah kultivar parthenocarpic.

Biji               

Biji berbentuk eliptik, leper dan berwarna putih kekuningan. Saiz bijinya di antara 8 -10 mm panjang dan lebar3-5mm. Purata bilangan biji/g adalah 50 biji.

 

 

Bil. Kalendar
Bil. Kalkulator
Tiada Rekod Ditemui
Tiada Rekod Ditemui

Pengundi