moa agf MyAgro
Laman Utama

   Maklumat Komoditi


Maklumat Komoditi : Peria



Sub Sektor : Tanaman
Kumpulan Komoditi : Sayur-Sayuran
Komoditi : Peria
Famili :
Nama Tempatan :

Tanaman Peria (Momordica charantia) kini merupakan sejenis tanaman menjalar dari keluarga Cucurbitaceae yang ditanam oleh petani untuk pasaran domestik dimana ada sebahagian kecil di eksport ke Singapura. Keluasan tanaman peria di Malaysia sekitar 850 hektar pada tahun 2012 dan meningkat kepada seluar 1,455 pada tahun 2016. (Sumber: Laporan Statistik Jabatan Pertanian). Negeri Johor juga dilapor merupakan pengeluar utama peria di Malaysia diikuti dengan Perak, Pahang dan Selangor. 

Peria merupakan sejenis sayuran buah yang mempunyai rasa pahit kerana ada bahan charantin yang juga baik untuk kesihatan. Lazimnya buah peria segar dimakan sebagai ulam segar dengan nasi atau dimasak sebagai sayuran. Sayur peria digoreng dengan telur , ramuan bawang atau dimasak lemak merupakan antara sajian yang sering kita jumpa. Peria panjang tempatan agak berbeza dengan peria katak dari segi rasa, warna kulit, saiz dan tahap kepahitan.

Bil. Maklumat Penyakit & Perosak
Bil. Kalendar
Bil. Kalkulator
Tiada Rekod Ditemui
Tiada Rekod Ditemui

Pengundi