moa agf MyAgro
Laman Utama

   Maklumat Komoditi


Maklumat Komoditi : Kacang Panjang



Sub Sektor : Tanaman
Kumpulan Komoditi : Sayur-Sayuran
Komoditi : Kacang Panjang
Famili : Fabalaceae
Nama Tempatan : Kacang Panjang

Kacang panjang ialah sejenis sayuran yang popular dikalangan penduduk Malaysia, la dipercayai berasal dari India, tetapi sekarang ditanam di merata kawasan yang beriklim tropika iaitu Asia, Afrika Timor dan Amerika Tengah. Di Semenanjung  Malaysia, kawasan-kawasan pengeluar utama kacang panjang ialah Johor, Perak dan Kelantan. 

Kacang panjang mengandungi zat pemakanan seperti di dalam Jadual 2. Di antara zat makanan yang banyak terdapat pada kacang panjang ialah karbohidrat (4 g), protein (2.1 g) dan serabut (1.4 g). 

Pada kebiasaannya lenggai kacang panjang yang muda digunakan untuk banyak jenis masakan. la juga dimakan mentah sebagai ulam. Kegunaan lain yang bukan predisimal ialah untuk gubahan kerana saiznya yang panjang boleh dibentuk atau dipintal menjadi raga. Ada juga lenggai kacang yang dibuat jeruk dan ditinkan.

Nama saintifik bagi kacang panjang ialah Vigna sesquipedalis (L.) dari keluarga Leguminosae. Kacang panjang adalah sejenis tanaman semusim yang tumbuh memanjat. Ciri-cirinya adalah seperti berikut:

Akar : mempunyai akar tunjang dan daripadanya berkembang akar lateral yang meluas

Batang : jenis memanjat dengan cara melilit pada penyokong dan boleh mencapai setinggi  4 meter

Daun Bunga : jenis majmuk berwama putih kuning atau ungu, berukuran 2.0 -2.5 cm dan terdapat dalam kelompok 3-6 kuntum setiap tangkai bunga

Lenggai : berukuran antara 20 - 70 cm dan purata garis pusat 1.2 cm. Warnanya hijau muda sehingga merah hati

Biji : 10-30 biji bagi setiap lenggai. Warna berbeza mengikut varieti dari putih cerah, perang hitam, dan berbinti hitam.


 

Bil. Maklumat Penyakit & Perosak
Bil. Kalendar
Bil. Kalkulator
Tiada Rekod Ditemui
Tiada Rekod Ditemui

Pengundi