moa agf MyAgro
Laman Utama

   Maklumat Komoditi


Maklumat Komoditi : Rumput Signal



Sub Sektor : Ternakan
Kumpulan Komoditi : Makanan Ternakan
Komoditi : Rumput Signal
Famili :
Nama Tempatan :

Rumput Signal (Brachiaria decumbens) adalah rumput yang tumbuh menjalar, cepat membiak dan sesuai dengan iklim lembap. Buku ruas yang terdapat pada batang rumput ini mengeluarkan akar dan stolon bagi membolehkan rumput ini membiak dan merebak dengan cepat.

Rumput ini selalunya tumbuh setinggi 30 - 50cm. Daunnya pendek, tirus dan tajam dihujung berwarna hijau dan mempunyai sedikit bulu halus. Walaupun berbunga, rumput ini kurang mengeluarkan biji benih yang subur. Cara yang paling baik untuk menanam ialaih dengan keratan tunggul (tampang). Biji benih boleh digunakan dengan kadar 3-5kg/ha.

Rumput signal boleh bertahan di musim kemarau dan boleh hidup subur di kawasan yang mempunyai saliran yang baik, dan di lereng bukit, namun ia tidak sesuai di kawasan air bertakung. Oleh sebab rumput ini cepat membiak, tidak banyak jenis kekacang pasturan yang sesuai ditanam atau disulam bersamanya. hasil bahan kering yang diperolehi ialah 14-26 tan/ha setahun dengan protein kasar sebanyak 13%.

Rumput ini sesuai untuk ruminan besar seperti lembu dan kerbau dan tidak disyorkan untuk diberikan kepada kambing dan bebiri kerana boleh mengakibatkan jaundis dan fotosensitiviti. Selain untuk ternakan, rumput ini juga ditanam di kawasan cerun dibahu jalan untuk mengurangkan hakisan tanah.

 

Maklumat asas

Bahan Tanaman : biji benih dan belahan rumpun

Penghasilan Bahan Kering : 14 - 26 tan/ha/tahun

Umur Ragutan/Jarak Pemotongan : 18 - 21 hari.

 

Kandungan Nutrien 

DM  =  18.4 - 22.17%

CP  =  11.37 - 13%

CF  =  22.8 - 25.6%

NFE  =  38.6%

TDN  =  53 - 54.7%

ME  =  7 - 8.12%

rumput signal sesuai untuk ruminan besar seperti lembu

Bil. Maklumat Penyakit & Perosak
Bil. Kalendar
Bil. Kalkulator
Tiada Rekod Ditemui
Tiada Rekod Ditemui

Pengundi